Umi, saya
nak kahwin. Umi janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka
seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai
Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan
adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup
berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan
syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui
ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah umi?
Umi, saya nak kahwin. Umi janganlah
menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin
keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan,
kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa
Tuhan. Bolehkah umi?
Umi, saya nak kahwin. Jangan
sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai
ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang
bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua
dahagakan ilmu. Ingatkah umi, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin
Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah
SAW:
SAW bersabda: “Jika seorang
lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia
(dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di
atas bumi dan kerosakan”
Umi, saya nak kahwin. Walaupun si
dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia
tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang
miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
Umi, saya nak kahwin. berkahwin itu
menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik
dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Umi, perkahwinan juga adalah
benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu
berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka
atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah
perzinaan dan maksiat. Nauzubillah.
Umi, saya nak kahwin. Percayalah
yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan
dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika
dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada
isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah
berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki
yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.
Umi , saya nak kahwin. Semua ini
hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima
sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan
kedua orang tuanya. Namun, sekirannya umi bersetuju ingin mendapat anak
menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon
suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.
Umi, saya nak kahwin. Apa pun jua
keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu
adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Umi, tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk
meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh umi
dan abah juga, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak
umi dan abah ini, amin.
**Cp**
Umi, Boleh
Tak Anakmu Ini Nak Kahwin?
******************************************************************************
P/S : cinta itu fitrah, bukan keterpaksaan, apabila dia bertandang hadir semailah ia dengan setinggi - tinggi syukur kepada peminjamnya. Sayangilah apa yang di anugerahkan sampai menutup mata, demikian setiap cerita cinta itu berbeza kerana nikmat juga kelazatan nya yang luar biasa. (cikgutaufiq)
No comments:
Post a Comment