Fitnah, tohmahan, cacian dan
sebagainya ke atas Guru Mulia al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin bin ‘Abdurrahman
al-Jifri حفظه الله تعالى sudah sedia maklum. Kemana sahaja beliau pergi maka akan adalah
segolongan manusia yang akan menyebarkan tohmahan, cacian, fitnah dan
sebagainya ke atas beliau. Maka begitu jugalah di bumi Malaysia yang tercinta
ini, apabila khabar mengenai Guru Mulia al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin bin
‘Abdurrahman al-Jifri حفظه الله تعالى akan datang, maka dengan aktifnya golongan yang membenci beliau
menyebarkan tohmahan, cacian, cercaan, fitnah dan sebagainya ke atas beliau
diblog-blog, FB dan lain-lain.
Sebenarnya segala tohmahan itu telah
pun dijawab dan ditangkis oleh para ulama demi untuk membersihkan nama Guru
Mulia al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin bin ‘Abdurrahman al-Jifri حفظه الله تعالى. Bahkan ada kitab
yang ditulis, antaranya seperti foto di bawah( harap maaf tidak dapat di akses ). Maka kalau nak tahu bacalah
kitab tersebut atau bertanyalah kepada orang yang dah baca kitab tersebut.
Maka,
tatkala ada yang bertanya dan meminta pendapat dari dari
al-fagir mengenai tohmahan, fitnah, cacian dan cercaan yang melampau ke atas Guru Mulia al-Habib
‘Ali Zainal ‘Abidin bin ‘Abdurrahman al-Jifri حفظه الله تعالى, maka cukuplah al-fagir bawakan
syair di bawah sebagai jawabannya.
وإذا أراد الله نشر فضيلة – طويت أتاح لها لسان حسودلولا اشتعال النار فيما جاورت – ما كان يعرف طيب عرف العود
Dan
apabila Allah hendak menyebarkan keutamaan seseorang yang masih terbungkus
(tersembunyi) – disediakan baginya lidah orang yang dengki
Jika
sekiranya tidak ada nyalanya api yang mendekati – nescaya tidaklah akan
diketahui betapa harumnya kayu ‘ud
(gaharu)
ما
ضر
شمس
الضحى
في
الأفق
طالعة
– أن
لا
يرى
ضوءها
من
ليس
ذا
بصر
Tiada
mudharat matahari di pagi hari bersinar
di ufuk langit – oleh kerana cahayanya tiada dilihat orang yang buta
قبيح الكلام سلاح اللِّئَام
Perkataan
yang buruk adalah senjata bagi orang yang suka mengutuk (mencerca)
Perbuatan
puak yang menyebarkan tohmahan, fitnah dan sebaginya itu, bagaikan kambing menanduk bukit, tanduk
patah bukit tak runtuh atau bagaikan anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh ….
Sebelum
mengakhiri tulisan ini, ingin al-fagir berpesan agar janganlah kita bersangka
buruk kepada orang-orang yang sholeh terutamanya dari kalangan ahlulbait,
apatah lagi mencerca, memfitnah mereka. Mereka itu adalah orang-orang yang
sangat mencintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم juga mencintai mereka.
Dan
sebelum menutup bicara ingin al-fagir berkongsi sebuah kisah yang diberitahu
oleh Syeikh Ibrahim ‘Utwah ‘Awadh, seorang ulama al-Azhar. Syeikh Ibrahim
‘Utwah mengatakan kisah ini diberitahukan kepadanya oleh teman beliau, seorang
yang sholeh bernama Dr Ibrahim Hasan, Pengarah Hospital Universiti ‘Ain Sham,
Mesir. Dr Ibrahim Hasan memberitahu Syeikh Ibrahim ‘Utwah: Seorang temanku yang
bertaqwa lagi wara’ yang tinggal di kota Madiah al-Munawwarah, memberitahu aku:
Suatu yang pelik berlaku ke atasku. Sesungguhnya setiap malam aku bermimpi
melihat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Namun tiba-tiba aku tidak lagi bermimpi melihat
Rasulullah صلى
الله
عليه
وآله
وسلم
. Hal itu membuat aku sedih dan kesedihan yang amat sangat. Maka, setelah itu
aku, satu malam aku bermimpi bertemu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , lalu aku bertanya kepada
Rasulullah صلى
الله
عليه
وآله
وسلم
, apakah yang menghijab aku daripada melihat kepada Rasulullah صلى
الله
عليه
وآله
وسلم
.
Maka
Rasulullah صلى
الله
عليه
وآله
وسلم
.bersabda kepadaku: Bagaimana engkau dapat melihat aku sedangkan engkau
menyimpan sebuah kitab yang pengarangnya mencerca ke atas kekasihku (yakni
Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, maksudnya Syeikh Yusuf bin Isamil ini
sangat dikasihi oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Dan memang Syeikh Yusuf bin Ismail
an-Nabhani ini adalah seorang muhibbin). Maka pada pagi esoknya, aku bakar
kitab yang dimaksudkan dan setelah itu aku kembali mendapat kemuliaan melihat
Rasulullah صلى
الله
عليه
وآله
وسلم.
sebagaimana sebelumnya.
Kitab
yang dimaksudkan itu berjudul Nailul Amani fi ar-Radd ‘ala an-Nabhani. Kisah
yang diceritakan oleh Syeikh Ibrahim ‘Utwah ‘Awadh ini ada dimuatkan dalam
pengenalan kepada kitab Jaami` Kaamaat al-Auliyaa` karya Syeikh Yusuf bin
Ismail an-Nabhani.Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua. Cukuplah sekadar ini. Fahamilah, sekiranya kalian mempunyai aqal dan matahati. Jangan hiraukan ‘mereka’, jom kita hadiri program bersama Guru Mulia al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin bin ‘Abdurrahman al-Jifri حفظه الله تعالى. Insyaallah malam ini mawlid di Yayasan Sofa, di Masjid Taman TAR.
sekian
dari,
~ al-fagir ilaLlah abu zahrah
al-qadahidhuha, selasa, 17 jamadilawwal 1433
di taman seri gombak ~
RUJUKAN : http://al-fanshuri.blogspot.com/
Di bawah sedikit gambar serta huraian penulis :
P/s : sedikit ulasan penulis :
Dari pemerhatian serta kaca mata seoarang yang bukan ahli ibadat, banyak melakukan khilaf dosa, amat saya khuatirkan tentang kemaslahatan ummah, terutama perkara muamalah. Muamalah dan kesantunan kian hilang, demikian ramai ummah, yang mengaku dirinya ummah muhammad saw, akan tetapi, bila bicara kotor perkataan serta hatinya, apatah lagi kurang beradab. Berkata mengikut emosi meluah sesuka hati.
Ini adalah amat bahaya, di dalam benak hati seseorang, kerana apa yang di kata itulah yang tersimpan di dalam hati. Ketahuilah bahawa orang yang mencintai Rasulullah saw, akan mengikut padanya, perbuatan percakapan, malah segala adab yang di bawa baginda Rasulullah saw, jika tidak sesempurna baginda, akan tetapi hampir kepada apa yang di turutinya. WaAllah hua lam.
Fitnah yang di hadapi Ahlul baith ini, amatlah besar, yang kita nampak, ini pula berlaku di kalangan ummah.
Wahai kekasihku, ahlul baith
bersamamu kemuliaanku
katamu, membuat diri semakin rindu
rindu pada kekasih seluruh makhluk
wahai pejuang cinta Baginda
tetaplah pendirianmu
lukislah manis senyumanmu
berilah kata nasihatmu
kerana aku khuatir akan ummah
jauh dari landas muamalah
berbuat baik di fitnah salah
keran dek buta mata hatinya
wahai yang makbul doanya
janganlah pernah meninggalkan kami
memohon pada Allah di ampunkan
di turun rahmah dan barakah
Bukalah pintu hati orang - orang yang buta
celikkan mereka dengan mahabbah
pembawa risalah rasulullah
penyantun nan indah
wahai ahlul baithku
tetaplah engkau bersamaku
menuju cinta yang lebih utama
cinta hakiki yang tiada sempadannya
bimbinglah hati kami Robbi
catatlah nama kami Robbi
bersama ahlul baith baginda Rasulullah saw
para salafussoleh
para pencintanya Sayyidina muhammad
pejuang kebenaran yang tidak pernah malap
serta harapan tertinggi
bersamanya baginda di sepanjang masa kami...
(cikgutaufiqh_11.31am_10.04.2012_18 jamadil awwal 1433)
No comments:
Post a Comment