“Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yang
dapat membahagiakan suami dan hidup diredhai Allah. Saya ingin meminta
pendapat, bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan
rumah tangga yg bahagia dan diberkati?”
Maka Ustaz Azhar Idrus ( Original ) memberikan
perincian berikut sebagai jawapan kepada soalan di atas:
·
Sentiasa mencintai & menghormati keluarga
suaminya seperti mana dia menghormati & menyayangi keluarganya sendiri.
·
Sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang
bukan muhrimnya & pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan
mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
·
Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam
rumahtangga mereka.
·
Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan &
kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan
perintah agama.
·
Isteri sedia memberikan layanan & kasih sayang
yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah
tempat untuk mendapatkan ketenangan & kebahagian dari sebarang masalah kerja.
·
Isteri yang sentiasa menjaga rahsia & maruah
suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.
·
Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar sederhana & tidak membazir.
·
Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan
penuh keikhlasan & kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suaminya
tidak mampu menunaikan.
·
Isteri yang sentiasa bersyukur & tenang,
samaada menerima nikmat atau pun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan
tugas & tanggungjawab sebagai isteri & ibu serta perintah Allah dengan
tabah & sabar.
·
Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami
bercakap.
·
Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak
batin suami sewaktu diperlukan.
·
Sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan
sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.
·
Sentiasa mendahulukan keperluan suami drpd
keperluannya sendiri.
·
Sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan
santun dlm perkataan dan juga perbuatannya.
·
Menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak
keluar dan menyambutnya dgn senyuman sewaktu suaminya pulang.
(Petikan
dari buku “Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan
Semasa”)
:) terbaik!!
ReplyDelete