Imam Syeikh Ali Bin Abi Bakar As-Sakran
r.a berkata : “ Aku niat di dalam pernikahan & perkahwinan ini kerana cinta
kepada Allah Ta`ala serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk
manusia di muka bumi Allah Ta`ala. Dan niat cinta kepada Rasulullah s.a.w serta
memperbanyak kebanggaannya.
“Aku berniat berkahwin dan apa sahaja
yang berkaitan dengannya dari perkataan & perbuatan agar mendapat barakah
daripada doa anak yang soleh dan meminta syafaat dari anak yang mati kecil jika
anak itu mati sebelumku. Aku niat berkahwin ini agar terhindar dari godaan
syaitan, memecahkan keinginan yang sangat kuat, menghindarkan malapetaka yang
menimpa, memejamkan mata dari segala hal yang diharamkam oleh Allah Ta`ala
serta gangguan was –was, dan aku berniat juga menjaga kemaluanku dari perbuatan
yang keji.”
“ Aku berniat berkahwin ini untuk
menenangkan diri dengan menggembirakan isteri di dalam pergaulan dengannya,
memandangnya serta damai bersamanya, aku juga berniat juga menyenangkan hati
menambahkan ketaqwaan dalam ibadah, juga berniat mententeramkan hati dari
perkara yang berkaitan dengan keperluan kehidupan.
“Aku berniat bernikah , melawan hawa
nafsu dan melatihnya dengan penjagaan, pengawasan supaya dapat melaksanakan
kewajipan keluarga, sabar terhadap tingkah laku, sabar terhadap gangguan
mereka, berusaha mencari rezeki yang halal untuk keluarga serta berniat
melaksanakan perintah Allah Ta`ala dalam mendidik anak serta meminta kekuatan
dan penjagaan dari Allah Ta`ala dan memohon Taufiq NYA dan penyerahan diri
kepada hadrat Illahi dan aku berniat untuk kesemua yang di sebutkan tadi kerana
Allah Taala.
“ Aku berniat juga seperti ini dan juga
selainnya dari perbuatan dan perkataan yang aku lakukan dan katakan di dalam
nikah ini kerana Allah Ta`ala serta aku berniat seperti niat orang – orang yang
Soleh dari Ulama yang mengamalkan ilmunya.”
“Ya Allah , berilah Taufiq dan
pertolonganMu kepada kami sepertimana, Mu telah memberi Taufiq dan
pertolonganMu kepada mereka, sempurnakanlah kekurangan yang ada pada kami, dan
janganlah engkau memberati urusan kami walaupun sekelip mata, dan perbaikilah
segala hal untuk kami daripada anugerah dan kemuliaanMu dalam keadaan sihat
sejahtera.”
“Ya Allah, ampunilah dosa kami,
rahmatilah kami, redhailah kami, terimalah apa sahaja yang datang dari kami,
masukkan kami ke dalam syurga serta selamatkan kami dari azab api nerakaMu
serta perbaikilah hal kami.”
“Ya Allah , berikanlah pertolongan ,
barakah dan keselamatan untuk kami, di dalam perkahwinan ini, dan kesemua
urusan kami. Selamatkan kami dari segala perkara yang menyibukkan kami daripada
mengingatiMu serta segala rintangan dan halangan diantara kami untuk
mentaatiMu, dan jadikanlah didalam
perkahwinan ini kesempurnaan dan tidak meminta – minta kepada orang lain.”
“Ya Allah, sesungguhnya tingkah lakuku
adalah pemberianMu, maka oleh itu jagalah aku dimana sahaja aku berada, dan
perhatikanlah kami dengan kekuasaanMu, yang dengannya Engkau menguasai hamba –
hambamu yang salih.”
“ Ya Allah bantulah kami, kedua orang
tua kami, anak – anak kami, isteri – isteri kami, guru kami, dan semua saudara
mara kami, begitu juga sahabat yang mempunyai hak terhadap kami, begitu juga
sahabat yang mempunyai hak terhadap kami. Ya Allah tolonglah kami, dan mereka
bagi, memudahkan mereka dalam mengingatiMu, mensyukuri nikmat – nikmatMu dan
beribadah kepadaMu dengan baik, wahai Tuhan semesta Alam.”
‘Ya Allah, berilah Taufiq dan hidayat
kepada kami dan juga kepada mereka, wahai Allah yang Maha munguasai segalanya.
Ya Allah hidupkanlah kami dan mereka di dalam penguasaan Al Quran & sunnah
Nabimu saw. Wahai Tuhan kami, yang mempunyai keAgungan dan kemuliaan. Ya Allah,
sesungguhnya kami meminta kepadaMu bagi pihak kami dan mereka agar di terima
apa jua amalan yang pernah kami lakukan untuk mendekatkan diri kepadaMu.
Terimalah dari kami ini. Amin Ya Rabbal alamin.
“ Ya Allah limpahkanlah selawat dan
salam daripada keagunganMu kepada utusanMu yang paling mulia. Nabi muhamnmad
ShalAllah hi alihi wasallam , sebagai nabi yang terakhir di utuskan kepada
hamba – hambamu, serta selawat dan salam juga kepada ahli keluarga Rasulullah
saw berserta para sahabat baginda r.a . segala puji bagi Allah tuhan semesta
alam.”
Di petik dari buku : Perihal Niat - Al
lmam Abdullah Al haddad
No comments:
Post a Comment