* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami
terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang.
Ramai suami terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk
anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan
anda membentuk sifat positif dan istimewa.
* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang
boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan
akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan
isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami.
Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan
yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan
bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat
lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan
mengeratkan hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di
dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.
Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra
dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau
senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami
isteri.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah
sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan
menbahagiakan pasangan anda.
* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin.
Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan
banyak masalah.
* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih,
wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi
mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan
secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan
keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri
bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita
dan rumahtangga terancam.
* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat
keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang
bahagia membentuk keluarga sejahtera
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan
memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.
Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri
kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga
sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya
dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda
beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat
suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah
tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih
sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar.
Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan
amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan
menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang
lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain.
Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan
isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami
meninggal dunia.
* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat,
bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara
serta berteraskan iman dan takwa.
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba
ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan
turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga.
Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi
khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang
tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap
menyelesaikan masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar
isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang
kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.
* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam
diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis.
Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi
wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan
masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari
alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman
dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta
maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan
dan tindakan.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga.
Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli
keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
* Jadikan diri anda pendorong dan motivator
berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik
ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami
yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat
mendidik diri dan keluarga.
* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan
apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi
menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut
situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan
memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai
suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan
fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa
memuji.
* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap
isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat
sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami.
Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon,
SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri.
Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan
kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak
berdoa.
* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang
sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang
isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia
melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum
kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi
cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara
yang baik. Kawal macho dengan saksama.
* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila
suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini
mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan
gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan,
maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut
sebarang lintasan dalam hati.
* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang.
Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa
rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di
tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan
isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar
juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak
terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang
positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang
taubat dan maafkan semua orang.
******************************************************************************************
p/s : HOK COMEY HOK YANG FOLLOW RASULULLAH >__<
INSYAALLAH, AKAN CUBA MEMBAHAGIAKAN ISTERI SOLEHAHKU YANG TERCINTA KERANA ALLAH
No comments:
Post a Comment