Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ
الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para
sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu hari, Rasulullah SAW sedang duduk di masjid
dikelilingi para sahabat. Beginda sedang mengajarkan ayat-ayat al-Quran.
Tiba-tiba Rasulullah SAW. berhenti sejenak dan berkata,”Akan hadir diantara
kalian seorang calon penghuni syurga”. Para sahabat pun bertanya-tanya dalam
hati, siapakah orang istimewa yang dimaksud Rasulullah ini?. Dengan rasa
berdebar-debar mereka menunggu kedatangan orang tersebut. Semua mata memandang
ke arah pintu.
Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki
melenggang masuk masjid. Para sahabat hairan, inikah orang yang dimaksud
Rasulullah? Dia tak lebih dari seorang lelaki dari kaum ansar (orang
kebanyakan). Dia tidak termasuk di antara sahabat utama. Dia juga bukan dari
golongan tokoh Quraisy. Bahkan, tidak banyak yang mengenalnya. Pun, sejauh ini
tak terdengar keistimewaan dia.
Ternyata, kejadian ini berulang sampai tiga kali
pada hari-hari selanjutnya. Tiap kali Rasulullah berkata akan hadir di antara
kalian seorang calon penghuni syurga, lelaki tersebutlah yang kemudian muncul.
Maka para sahabat pun menjadi yakin, bahawa memang
lelaki itulah yang dimaksud Rasulullah. Mereka juga menjadi semakin kehairanan,
amalan istimewa apakah yang dimiliki lelaki ini hingga Rasulullah menjelaskan
bahawa dia adalah sebagai calon penghuni syurga?
Akhirnya, para sahabat pun sepakat mengutus salah
seorang di antara mereka untuk mengamati kehidupan harian lelaki ini. Maka pada
suatu hari, sahabat yang diutus ini menyatakan keinginannya untuk bermalam di
rumah lelaki tersebut. Lelaki tersebut iaitu calon penghuni syurga
mempersilakannya.
Selama tinggal di rumah lelaki tersebut, sahabat
terus-menerus mengikuti kegiatan lelaki calon penghuni syurga. Saat lelaki
tersebut makan, sahabat ikut makan. Saat lelaki tersebut mengerjakan pekerjaan
rumah, sahabat menunggui. Tapi ternyata seluruh kegiatannya biasa saja. “Oh,
mungkin ibadah malam harinya sangat khusyuk” fikirnya. Tapi ketika malam tiba,
lelaki tersebut bersikap biasa saja. Dia mengerjakan ibadah wajib sebagaimana
biasa. Dia membaca al-Quran dan mengerjakan ibadah sunnah, namun tidak banyak.
Ketika tiba waktunya tidur, dia pun tidur dan baru bangun ketika azan subuh
berkumandang.
Sungguh, sahabat hairan, sebab ia tidak jua
menemukan sesuatu yang istimewa dari lelaki ini. Tiga malam sahabat bersama
calon penghuni syurga, tetapi semua tetap seperti biasa sahaja.
Akhirnya, sahabat itu pun pun berterus terang akan
maksudnya bermalam. Dia bercerita tentang pernyataan Rasulullah SAW. Kemudian
dia bertanya,“Wahai sahabatku, sesungguhnya amalan istimewa apakah yang kau
lakukan sehingga kau disebut salah satu calon penghuni syurga oleh Rasulullah?
Tolong beritahu aku agar aku dapat mencontohimu”.
Lelaki itu menjawab,” Wahai sahabat, seperti yang
kau lihat dalam kehidupan sehari-hariku. Aku adalah seorang muslim biasa dengan
amalan biasa pula. Namun ada satu kebiasaanku yang boleh kuberitahukan padamu.
Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku. Kumaafkan orang-orang
yang menyakitiku dan buang semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada
semua saudaraku sesama muslim. Hingga aku tidur dengan tenang dan hati bersih
serta ikhlas. Barangkali itulah yang menyebabkan Rasulullah SAW. menyatakan demikian.”
Mendengar penjelasan itu, wajah sahabat menjadi
berseri-seri. “Terima kasih sahabatku atas hikmah yang kau berikan. Aku akan
memberitahu para sahabat mengenai hal ini”. Sahabat pun meminta izin untuk
pulang dengan membawa pelajaran yang sangat berharga.
Sahabat yang dimuliakan,
Sifat berbaik sangka, memberi kemaafan dan tidak
ada sifat dendam, memuliakan tetamu, tidak mendedahkan aib sesama muslim dan
menjauhi mengumpat dan fitnah adalah akhlak seorang mukmin dan ciri-ciri ahli
syurga. Hidup zaman ICT ini cukup mencabar jika kita tidak membuat fitnah
kadangkala kita menjadi subahat dan mendapat saham dosa besar yang sama jika
mempercayainya dan menceritakan pula kepada orang lain.
Berita terbaru bagaiman seorang pemimpin parti
politik telah di pecat dan akan bertindak agresif dan akan mendedahkan banyak
kelemahan dan keaiban pemimpin parti yang di anggotainya dahulu. Sikap ini amat
merbahaya dan akan menghapuskan pahala amalannya sebelum ini dan boleh
mendatangkan kemurkaan Allah SWT .
Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh
seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab
Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di
belakangnya!" Kemudian baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa
yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang
disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu
tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun
benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan
seseorang dengan mengatakan ada parasit).
Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau membenci dalam hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Hadis Riwayat Muslim)
Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau membenci dalam hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Hadis Riwayat Muslim)
Perkataan "fitnah" berasal daripada
bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah
sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk
membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.
Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan
jelas menghuraikan persoalan fitnah. "Wahai orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu
suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia
mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat
Bukhari dan Muslim).
Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman
itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada
perkara-perkara yang memberi kebaikan.
Hadis Rasulullah SAW. Diriwayatkan daripada
Huzaifah r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak
masuk syurga orang yang suka menabur fitnah."
Oleh itu kita perlu berhati-hati supaya amal soleh dan kebaikan kita tidak terhapus disebabkan kita terpengaruh dengan seseorang yang menumpat , mendedahkan aib seseorang dan membuat fitnah.
Oleh itu kita perlu berhati-hati supaya amal soleh dan kebaikan kita tidak terhapus disebabkan kita terpengaruh dengan seseorang yang menumpat , mendedahkan aib seseorang dan membuat fitnah.
****************************************************************************************
Sungguh Robbi :
Jadikan kami golongan yang sedikit :
yakni golongan yang senantiasa bersyukur
atas tiap apa yang berlaku.
Jadikanlah kami golongan
orang yang membawa kasih sayang,
jadikanlah kami orang - orang yang
senantiasa di dalam pandangan Rahmat
dan sentiasa mendapat keampunanMU
"cikgutaufiq_sebarkan kasih sayang"
No comments:
Post a Comment