Rasulullah
s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi
dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat
persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang
fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak
mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu?
Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita
semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa
menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa
lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka
punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang
terbaik bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai
contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja
mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah
pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan
ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang
ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa.
Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan
wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah
yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan?
Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan
untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di
situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.
Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai
emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada
masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu.
Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta?
Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu
beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan
jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan
takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: “Dan kahwinkanlah
orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang
yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah
Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis
perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas
dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun.
Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang,
sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat
dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri
jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.
Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana
hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin,
sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia
termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.
Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana
sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan
dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga golongan yang akan
selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu
memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar
dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R.
Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk
belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin
bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada
fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda
yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak
baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan
benda yang baik dengan berkahwin terus.
Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus
itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh
beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung
mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram?
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu
seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya,
maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di
muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R.
Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri.
Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar?
Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal
atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan
spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini
nasihat saya.
Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang
yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang
sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
“Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang
paling bersedia sebenarnya..”
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin
awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik
kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin
awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab
fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang
ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta
pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu
mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka
yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu
berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu
rezeki untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal.
Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak
kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut
oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang
hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin
awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga.
Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati
Allah. InsyaAllah.
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka
dia tidak termasuk golonganku.” – (H.R. Bukhari dan Muslim)
C&P : WM
salam ziarah..tu dia..cikgu taufiq sudah berbicara..hehe..hmm kalo mcm tu ana kene settle awal la ni.. ^_^
ReplyDelete