Pages

Wednesday, 4 April 2012

JADUAL KUNJUNGAN AL HABIB ALI JIFRI حفظه الله تعالى DI MALAYSIA



Berikut ialah jadual terkini Ziarah Dakwah Al-Habib Ali Al-Jifri (Pengerusi Yayasan Tabah, UAE) ke Malaysia bermula Khamis, 5 April - Rabu, 11 April sebagai tetamu jemputan oleh Yayasan Sofa.

(1) Jumaat, 6 April 2012, 12.30pm
- Tazkirah Jumaat. Khatib akan menyampaikan isi tazkirah oleh Al-Habib Ali Al-Jifri dalam Khutbah Jumaat dengan Bahasa Inggeris (Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak)

(2) Sabtu, 7 April 2012, 8.00 - 11.00am.
- Ummatic Dialogue bersama pelajar UIAM (Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak)

(3) Ahad, 8 April 2012, 5.30 - 10.30pm.
- Maulidur Rasul Perdana di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi), Putrajaya.

(4) Isnin, 9 April 2012, Bermula Maghrib.
- Majlis Maulidur Rasul di Kompleks As-Sofa, Bukit Sembilan, Rembau, Negeri Sembilan.

(5) Selasa 10 April 2012, Bermula 7.00pm.
- Majlis Maulidur Rasul di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir! Jangan lepaskan peluang keemasan bersama ulama' tersohor ini setelah hampir 7 tahun lamanya semenjak lawatan dakwah beliau yang terakhir di Malaysia pada tahun 2005.
***************************************************************************************
p/s :
"Wahai ulama`ku, sungguh demi Robku,
 aku amat merinduimu,
Rindu syarahan kata nasihatmu,
menatap indah kebersihan wajahmu,
mencintai Akhlak yang engkau ikuti,
dari warisan unggul & abadi,
Ulama`ku, sungguh demi Robku,
kerdil rasa diriku,
ingin bersamamu,
menumpang tempias roh keikhlasanmu,
betapa jauh amal kehidupanku,
memandang indah keperibadianmu,
tenang damai hatiku,
betapa ku yakin
Allah sentiasa memaafkan,
mengizinkan ku bersamamu,
agar DIA mengampunkanku,
asbab bersama mengambil keberkahan doamu.
"cikgutaufiq_8.16am_13 jamadil awwal 1433h"

No comments:

Post a Comment