Pasangan suami isteri masing-masing perlu berusaha
menghiburkan hati pasangannya. Keharmonian rumahtangga amat penting untuk
hubungan baik suami isteri disamping memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada
anak-anak.
Ibn Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku suka
berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta
agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun
memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”
Kata-katanya lagi; “Para isteri berhak merasakan
suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana
mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang
diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”
Untuk merapatkan hubungan suami isteri, kedua-dua
pasangan ini perlulah berkerjasama untuk menghiburkan hati masing-masing. Tidak
boleh hanya salah seorang saja yang berusaha sebaliknya yang seorang lagi hanya
ingin dilayan dengan sempurna tanpa berbuat apa-apa. Di bawah ini disenaraikan
tip-tip yang patut diamalkan bersama:
- Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali
sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.
- Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk
tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di
bibir.
- Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa
untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk
bertanya apa yang sedang dilakukan.
- Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ‘I
love you‘ sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
perbualan di telefon dan sebelum tidur.
- Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah
hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari
berkerja.
- Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang
hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi
peluang pasangan meluahkan perasaan.
- Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja
dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
- Mudah berbaik jika berlaku sebarang
pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun
apatah lagi berhari-hari.
- Temani pasangan semasa menonton rancangan
kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang
penting ada berada di sisi.
- Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau
anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu
amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
- Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah,
berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
- Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa
makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman
isteri atau suami.
- Sesekali buatlah kejutan seperti membeli
hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi
atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
- Senda gurau dalam rumah tangga amat penting,
ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan
anda ketawa bersama.
- Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing
seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras
\menyara keluarga.
- Sesekali tukar gaya penampilan agar ada
kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
- Apa sahaja masalah yang timbul, berterus
terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
- Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi
suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif
akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
- Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi.
****************************************************************************************
Salam,
ReplyDeleteCikgu dah nak nkah ye? Sy doakan semoga cikgu berbahagia disamping isteri tercinta. Post ni buat sy membesarkan mata! apepun...tahniah ^__^
Semoga berbahagia sampai syurga, Amiin
Waalaikumussalam :
DeleteInsyaAllah .. atas restu Allah ..
membesarkan mata?
ayuhlah kita membesarkan iman & taqwa.
sesungguhnya beruntung orang yang bernikah kerana Allah.
berusaha menjadi yang terbaik kepada pasangan kita, membahagiakan pasangan serta menghargai apa yang pasangan kita lakukan.
InsyaAllah dapat bersama sampai syurga bersama - sama Baginda Rasulullah ShaAllah hi alihi wasallam. ^_^