الرَاتِب
الشَّهِير
Ratib Al-Haddad
Susunan
الإمام القطب عبد الله بن علوي الحداد
Al-Imam
Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad
Ratib Al-Haddad
Ratib Al-Haddad ini
mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi
Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa
dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan
masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun
berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah
(bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi
menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d
yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat
permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan
penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri
daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini
dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat
izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib
ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah
bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah
bersama doa dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca
sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat
Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini
diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan
daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad
berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan
Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa
di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah
menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan
dan iman dengan terus membaca “ La
ilaha illallah”hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca
lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar
dugaannya.
Beberapa kebezaan boleh
didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah
yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad
Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan
menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas
juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib
ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Ameen.
Ketahuilah bahawa setiap
ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik
daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam
ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak
tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan
saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang
dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek
ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir
panjang yang dibuat secara berkala atau cuai. Ratib ini berbeza daripada
ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun
untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini
diberkahi Allah.
الراتب
الشهير
للحبيب
عبد الله بن علوي الحداد
Ratib Al Haddad
Moga-moga Allah merahmatinya [Rahimahu Allahu Ta’ala]
يقول
القارئ: الفَاتِحَة إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَشَفِيعِنَا وَنَبِيِّنَا
وَمَوْلانَا مُحَمَّد صلى الله عليه وسلم - الفاتحة-
Bacalah Al-Fatihah kepada
ketua, penyshafaat, nabi dan penolong kita Muhammad s.a.w
1. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ
إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ
الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ
1. Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan
yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja
(Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id
ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika aku ajarkan sebuah Surah yang belum
pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil mahupun Zabur dan Taurat? Ia adalah
Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87:
“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang
diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan
faedahnya.”
2.اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ
لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ
مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ
أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ
بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُدُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ.
2. Allah,
tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya. Yang
tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di
bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan
izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan
bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(Surah 2 al-Baqarah Ayat 255 Ayat-al-Kursi)
Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadith
yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng
pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
3. آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ
رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ
وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ
وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ.
3. Rasulullah telah beriman
kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang
beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan
Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Katakan): “Kami tidak membezakan antara
seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain". Mereka berkata lagi: Kami
dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu
jualah tempat kembali”
(Surah 2: Al Baqarah Ayat 285)
Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w
pernah bersabda: Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, memadai kepada
seseorang yang membacanya pada malam hari sebagai pelindung dirinya.
4. لاََ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا
إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ
تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا
إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ
تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ.
4. Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat
pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa atas
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”
(Surah 2: al-Baqarah Ayat 286)
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila
Jibril sedang duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di
atasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintu
di syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibril
berkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu
memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamu
yang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan
ayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu
membacanya.
5. لاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. (3X)
5. Tiada
Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala
kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu (3X)
Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah;
Rasulullah s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari,
pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan
dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng
dari gangguan syaitan sepanjang hari.”
6. سٌبْحَانَ اللهِ
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ.(3X)
6. Maha
suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan
Yang Maha Besar. (3X)
Dari Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah: Rasulullah s.a.w
bersabda: Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah empat, iaitu
tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak berbeza yang mana aturannya apabila
engkau berzikirullah.
7. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ
الْعَظِيْمِ. (3X)
7. Maha
suci Allah segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung. (3X)
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w.
bersabda: Dua zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat pahalanya dan disukai
oleh Allah ialah: 'SubhanAllah al-Azim dan 'SubhanAllah wa bihamdihi.'”
8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ
أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. (3X)
8. Ya
Allah ampunlah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang. (3X)
Surah 4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada
Allah; kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sila rujuk juga Surah 11: Hud; Ayat 90
9. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ. (3X)
9. Ya
Allah, cucurkan selawat ke atas Muhammad, Ya Allah, cucurkan selawat ke atasnya
dan kesejahteraan-Mu. (3X)
Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya
berselawat ke atas Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya
sepuluh kali.
10. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ
اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ. (3X)
10. Aku berlindung dengan
kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
membaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”
11. بِسْـمِ اللهِ الَّذِي
لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ
الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ.(3X)
11. Dengan
nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi mahupun di langit
dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang
membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan
akan dialaminya.”
12. رَضِيْنَـا بِاللهِ
رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا. (3X)
12. Kami
redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai
Nabi kami. (3X)
Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai)
di sisi Allah ialah Islam.
Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa
membaca ayat ini di pagi dan petang hari akan masuk ke syurga.”
13.
بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ. (3X)
13. Dengan
Nama Allah, segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah
kehendak Allah. (3X)
Diriwayatkah oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu
Hurairah, bila kamu keluar negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini supaya ia
membawa kamu ke jalan yang benar. Dan setiap perbuatan mesti bermula dengan
‘Bismillah’ dan penutupnya ialah “Alhamdulillah”.
14. آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْناَ إِلَى
اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا. (3X)
14. Kami
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin
dan zahir. (3X)
Surah at-Tahrim Ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah
kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”.
Diriwayatkan oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang bertaubat
itu adalah kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama orang
yang tiada apa-apa dosa.”
15. يَا رَبَّنَا وَاعْفُ
عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا. (3X)
15. Ya
Tuhan kami, maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada kami.
(3X)
Dari Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar dan
menangis lalu beliau bersabda: Mintalah kemaafan dan kesihatan daripada Allah,
sebab setelah kita yakin, tiada apa lagi yang lebih baik daripada kesihatan
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan
kepada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
16. ياَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى
دِيْنِ الإِسْلاَمِ. (7X)
16. Wahai
Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam
agama Islam . (7X)
Sila rujuk ke no. 12. Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan Islam.
Dan dari Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah hadith bahawasanya
sesiapa yang berdoa dengan nama-nama Allah dan penuh keyakinan, doa itu pasti
dikabulkan Allah.
17. ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ
الظَّالِمِيْـنَ. (3X)
17. Wahai
Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-orang
yang zalim. (3X)
Seperti di atas (16); Merujuk hadith Rasulullah s.a.w, sesiapa yang
tidak boleh mengalahkan musuhnya, dan mengulangi Nama ini dengan niat tidak
mahu dicederakan akan bebas dari dicederakan musuhnya.
18. أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ
اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ. (3X)
18. Semoga
Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan
orang-orang yang suka menggangu. (3X)
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada
seorang mukmin pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak bersamanya, melainkan
akan didoakan oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”.
19. يـَا
عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ يـَا عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ
يـَا
سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ يـَا خَبِيْرُ. (3X)
19. Wahai
Tuhan Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi Sentiasa
Sanggup, Yang Maha Mendengar lagi Melihat. Yang Maha Lemah-Lembut lagi Maha
Mengetahui (3X)
Surah 17: Al Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai Muhammad):
"Serulah nama “Allah” atau “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan;
kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau
nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya,
dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu."
20. ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ
لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ. (3X)
20. Wahai
Tuhan yang melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa sempit.
Wahai Tuhan yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika saya
bersama Rasulullah s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta kerana
segala pujian ialah untuk-Mu dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang Pemberi
Rahmat dan yang Pengampun, Permulaan Dunia dan Akhirat, Maharaja Teragung, Yang
Hidup dan Yang Tersendiri”.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah menggunakan
sebaik-baik nama-nama-Nya, Allah akan memakbulkannya kerana apabila diminta
dengan nama-nama-Nya Allah akan memberi.
21. أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ
الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ.(4X)
21. Aku
memohonkeampunan Allah Tuhan Pencipta
sekalian makhluk, aku memohon keampunan Allah dari sekalian kesalahan. (4X)
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan
daripada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah 11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah keampunan Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih”
22. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ.(50X)
22. Tiada
Tuhan Melainkan Allah (50X)
Komentar tentang kalimah tauhid sangat panjang. Kalimah “La ilaha
illallah” ini adalah kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke neraka jikalau dia
mengucapkan kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.”
23. مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ
تَعاَلَى عَنْ آلِ وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالتَّابِعِيْنَ
وَتَابِعِ التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا إِلَى يَوْمِ
الدِّيْنِ وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ.
23. Muhammad
Rasulullah, Allah Mencucurkan Selawat dan Kesejahteraan keatasnya dan keluarganya. Moga-moga dipermuliakan,
diperbesarkan, dan diperjunjungkan kebesarannya. Serta Allah Ta'ala meredhai
akan sekalian keluarga dan sahabat Rasulullah, sekalian tabi'in dan yang
mengikuti mereka dengan kebaikan dari hari ini sehingga Hari Kiamat, dan semoga
kita bersama mereka dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih daripada yang
mengasihani.
24. بِسْم
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
قُلْ
هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ
يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ. (3X)
24. Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad):
“Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala permohonan; Ia
tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang
sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang
mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan
paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya
sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w
berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan
dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah
al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya
Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
25. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ
قُلْ
أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا
وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا
حَسَد
25. Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad);
“Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan
makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap
gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan
ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
kedengkiannya”.
Surah Al-Falaq
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya
apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda
menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda
menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda
dan mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu
lebih banyak berkatnya daripada tanganku.
26. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ
قُلْ
أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ شَرِّ
الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ النَّاسِ، مِنَ
الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.
26. Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad):
“Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang
Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan
bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia”.
Surah An-Nas
Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad
s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad
manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain
dan membaca ayat-ayat ini sahaja.
27. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى
رُوحِ سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّد بِن عَلِيّ باَ عَلَوِي
وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ سَادَاتِنَا آلِ أَبِي عَلَوِي أَنَّ اللهَ
يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ
وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
27. Bacalah
Al-fatihah kepada roh Penghulu
kita al-Faqih al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya, dan
kepada semua penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita
manfaat dengan mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka di dalam agama,
dunia dan akhirat.
28. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى
أَرْوَاحِ ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا كَانُوا فِي مَشَارِقِ الأَرْضِ
وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ - أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي
الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ
هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ.
28. Bacalah
al-fatihah kepada roh-roh Penghulu kita Ahli Ahli Sufi,
di mana saja roh mereka berada, di timur atau barat, moga moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi
kita manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya
mereka, dan golongkan kami bersama mereka dalam keadaan baik dan afiah.
29. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى
رُوْحِ صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ وَغَوْثِ الْعِبَادِ وَالْبِلاَدِ
الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ
أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ
وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ
وَالآخِرَةِ.
29. Bacalah
fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad,
Penyelamat kaum dan negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul dan keturunannya, moga
moga Allah meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dari
mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
30. اَلْفَاتِحَة
إِلَى
كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ
وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ وبَرَكَاتِهِمْ
30. Bacalah
Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu bapa kami, mukminin
dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah mengampuni mereka dan merahmati mereka
dan memberi kita manfaat dengan rahsia rahsia dan barakah mereka.
31. (ويدعو القارئ):
31. Berdoalah
disini apa yang di hajati. :
اَلْحَمْدُ
اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ
وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ
عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ
تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا
فِي أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا
مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ وَضِيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ
بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن.
Segala puji hanya bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami, moga moga
Allah mencucurkan
selawat dan
kesehahteraan ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Wahai Tuhan,
kami memohon dengan haq (benarnya) surah fatihah yang Agung, iaitu tujuh ayat
yang selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara kebaikan dan
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan
yang baik; dan peliharakanlah kami Ya tuhan kami. sepertimana Kamu memelihara
hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak anak kami,
sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan,
kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dari seluruh
kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi kepada
sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin
Ya Rabbal Alamin.
32. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ
وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ. (3X)
32. Ya
Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurga-Mu; dan kami memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka. (3X)
Dari Tirmidhi dan Nasa’i, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik:
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jikalau sesiapa memohon kepada Allah untuk syurga
tiga kali, Syurga akan berkata, “Ya Allah bawalah dia ke dalam syurga;” dan
jikalau ia memohon perlindungan dari api neraka tiga kali, lalu neraka pun akan
berkata, “Ya Allah berilah dia perlindungan dari neraka.”
انتهى
الراتب الشهير
Tamat Ratib Al-Haddad
“Syarh Ratib Al-Haddad” –
komentari, pembicaraan dan hujah Ratib Al-Haddad yang teliti bagi setiap ayat
di dalam Ratib Haddad tulisan Al-Habib Alawi bin Ahmad bin Hassan bin Abdullah
Al-Haddad, dalam bahasa Arab yang dicetak oleh Al-Habib Ali bin Essa bin
Abdulkader Al-Haddad di Singapura dan di Maqam Imam Al-Haddad.
**************************************************************************P/S : Saranan penulis : agar amalkan lah ratib al haddad ini kerana ia merupakan salah satu dari jalan jalan untuk mengingati Allah. Maka beruntunglah orang orang yang meminjam lidahnya dari Allah, lalu berterima kasih dengan banyaknya berzikir padanya. Seusai amalkan , InsyaAllah kalian akan merasa sesuatu kelainan terutama di hati kalian.
cara bacaan : kalian boleh merujuk di youtube. juga boleh di dapati di perhimpunan majlis ulama, ilmu ahlul sunnah waljamaah. Mudah - mudahn bermanfaat. WaAllah hu alam. Pencinta zikir.
rujukan : http://www.alhawi.net/ratib-al-haddad
No comments:
Post a Comment