Nasihat Umamah binti Al Harith kepada puterinya
Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya:
Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang.
Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami, kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami.
Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya wanita tercipta.
Nasihat yang pertama dan kedua:
Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.
Nasihat ketiga dan keempat:
Sentiasalah engkau memperhatikan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.
Nasihat kelima dan keenam:
Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidurnya akan membuatnya mudah marah.
Nasihat yang ketujuh dan kelapan:
Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Adapun perkara terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik.
Nasihat yang kesembilan dan kesepuluh:
Janganlah sesekali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya dan bila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati amanatnya.
Dan jangan sesekali engkau bersukacita di hadapannya bila dia sedang bersedih dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.
~ Dipetik dari: Jadilah Wanita Yg Paling Bahagia (Dr Aidh Al Qarni) ~
Bingkisan Buat Si Puteri
1. Hidupmu ini hanya sekali, tidak dapat diulang kembali. Maka gunakanlah peluang ini sebaiknya untuk memperbaiki diri & memiliki akhlak seindah bidadari. Semoga akhirnya bisa menjadi bidadari di syurgawi :)
2. Mudah bagi wanita terjerumus ke neraka, mudah juga andai dia ingin melakukan pahala. Lakukanlah amal kebaikan dgn banyaknya yg termampu selagi nyawa masih dikandung badan :)
3. Fitrah bercinta itu sememangnya ditiup Ilahi buat jiwa setiap insan yg ada di bumi ini. Namun andai tidak dijaga dan meliar, bimbang fitrah bertukar menjadi fitnah. Jangan sampai sedemikian sayang! Jaga diri, jaga hati, jaga iman.
Ingat Allah selalu! Moga Allah redha ^__^

cp-Nota Cinta : Buat Yang TerCinta_cikgutaufiq.