Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini.
Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23
tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai
simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan,
pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan
wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk
masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan
izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin
dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan
asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji
sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda
menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga
dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan
untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah
makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai
simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2
bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini
anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda
membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM
40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda
perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan
hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana
prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa
hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang
dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan
hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun.
Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman
bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk
berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran
kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you
sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom
tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling
kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan
bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?”
Kerja
Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda
bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda
menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun
tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran
dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat
grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang
dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je
sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita
jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan
pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin
lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow
talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je
seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik
Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri
datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri
kecik-kecik?"
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin
juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak
panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi.
Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak
minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan
macam-macam lagi.
Akhirnya?
Wal iyya dzubillah….
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang
kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
No comments:
Post a Comment