‘Kahwin
muda’, satu topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara.
Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi
zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat
murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan
kebaikannya :
1
– Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan
perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga
termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas
muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada
anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama
menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN
NIKAH
·
saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
·
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
·
cium isteri ~ dapat PAHALA!
·
renung isteri ~ dapat PAHALA!
·
suami bekerja untuk cari rezeki halal
untuk isteri ~ dapat PAHALA!
·
suami bernafsu tengok isteri ~ dapat
PAHALA!
·
suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
·
suami marah isteri (untuk menegur)Â ~
dapat PAHALA!
·
suami imamkan isteri  ~ dapat
PAHALA!
·
suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat
PAHALA!
·
suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
·
main kenyit-kenyit mata dengan isteriÂ
~ dapat PAHALA!
Allahurabbi..SERONOKNYA..
2
– Mengelak Daripada Zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan
duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora
nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi
kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja,
sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengan 29 tahun. Bayangkan derita
yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda
sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang
midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina?
Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan
sahaja mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi
juga boleh diatasi.
3
– Menjadi Lebih Bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini
sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau
belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara
keluarga tercinta.
4
– Menimbulkan Ketenangan Jiwa
Jika bertanya kepada mereka yang sudah beristeri
atau bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam
perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata.
Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang karenah pasangan,
assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang
peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala
suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi
mahligai yang dibina.
5
– Fikiran Lebih Matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang
dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk
melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan
perkara yang lebih berfaedah dan matang.
6
– Membaiki Diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam
kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah
menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman
bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke
dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah anda ada
kelapangan masa.
7
– Plan Jangka Panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya
mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggunggjawab untuk anak-anak
sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih
cergas, ekonomi yang kukuh dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri
bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon
tanpa gangguan.
8
– Seks Yang Lebih Berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding
lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama
kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika
anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk
tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
9
– Rezeki Bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan
perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta
dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang
selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan
hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah
tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun
pada mulanya sedikit, tapi kelan anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi
anda percaya dan berpegang kepada rahmat-Nya.
10
– Jangan Tunggu Lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai
kekasih, bukan? Jika benar anda menyayangi dan berkongsi hidup dengannya,
mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang.
Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. andai itu
berlaku, gigit jari sajalah.
* Â * Â *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati
yang mencintai anda seadanya,
yang
bersama anda di kala panas atau hujan,
yang
sudi melengkapi kekurangan anda,
yang
anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang
akan melahirkan zuriat anda,
yang
anda akan melangkah ke syurga bersamanya..
Apa ditunggu lagi?
jom niKAH ^__^
No comments:
Post a Comment