Pages

Thursday, 10 May 2012

MUDAHKAN PERNIKAHAN JANGAN SUSAHKAN ^__^


# Situasi Realiti #

Assalamualaikum.... ustaz apa khabar...?

saya muslimat yang berasal dari pulau pinang dan sekarang menetap di kelantan..

Ustaz... saya ada soalan sikit berkenaan adat dan syariat dalam perkahwinan....

baru-baru ni, berlangsung majlis pertunangan saya di bukit mertajam... sebelum keluarga tunang bertandang ke rumah.. mereka ada bertanyakan tentang wang belanja... setelah apa yang saya belajar dan banyak membuat rujukan dari buku2 yg ustaz karangkan...

jadi saya mengatakan yang saya ikut je berapa yang tunang saya mampu.. sebab kehidupan selepas nikah lagi penting berbanding nak bermegah2 dengan wang hantaran yang akhirnya membawa kami kepada "hutang"....

mengikut perbincangan bersama... tunang mampu sediakan RM6K + seutas rantai... alhamdulillah...

tapi.. pada hari pertunangan,bapa saudara saya menetapkan harga lain...RM7552 + sbentuk cincin + persalinan serba satu...

katanya... biar letak harga tinggi supaya pihak lelaki minta tawar dari harga yang ditetapkan... penetapan harga tu, langsung bapa saudara tidak berbincang dengan saya... dan katanya lagi... kalau betul pihak lelaki mahu teruskan pertunangan, pihak lelaki akan terima...

sedangkan sebelum ni... dia juga yang cakap perkahwinan ni.. buat seperti mana yang disyariatkan...

setahu saya,.. dalam masyarakat kelantan ni, tak wujud pun istilah tawar menawar dalam menentukan wang belanja...

walaupun pihak lelaki setuju dengan harga belanja yang ditetapkan oleh bapa saudara...tapi saya malu dengan tunang dan keluarganya...

macam mana kaedah yang boleh saya bantu tunang saya...? sebab pernikahan kami bulan jun 2012.... dengan tempoh pertunangan kurang lebih hanya sebulan, saya simpati dan bimbang sekirannya harga tadi membebankan dirinya....

sekadar gambar hiasan

RESPON USTAZ

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, atas keizinan Allah SWT mampu ustaz baca dan memberi respon terhadap emel ini. Ustaz percaya, saudari memahami situasi ini. Malah bukan mudah menemui perempuan yang mempunyai kesedaran seperti saudari. Ustaz doakan agar saudari mampu merubah situasi ini.

Terus kepada respon.

PERTAMANYA, perubahan pada JUMLAH HANTARAN itu adalah suatu yang menyalahi JANJI. Sudah tentu ISLAM menganggap ianya sesuatu yang berdosa. Perjanjian yang BERUBAH itu pula melibatkan perubahan WANG dan KEWANGAN. Bagi ustaz, ini suatu kezaliman JIKA lelaki itu seorang yang DHAIF dan tidak berkemampuan. Zalim itu adalah dosa yang sangat dimurkai oleh Allah SWT.

Mungkin kita tidak akan tahu apa yang berlaku kepada keluarga lelaki itu selepas pulang dari pertunangan. Mungkin si lelaki itu akan berlaku KHILAF dengan keluarga. Pasti ibubapanya akan MEMPERSOALKAN kejujuran keluarga saudari. Mungkin akan wujud pergaduhan kecil atau pertengkaran antara lelaki dan adik beradiknya disebabkan LAIN DIJANJI, LAIN PULA YANG TERJADI. Biasanya hal itulah yang terjadi dalam kes-kes sebegini. Jika di awal proses sudah ada perubahan pada JANJI, ustaz risau perasaan percaya dan KEYAKINAN si lelaki itu mungkin sudah HILANG SEPARUH terhadap KELUARGA SAUDARI. Ini bukan suatu permulaan yang baik.

Nasi sudah menjadi bubur, Cuma apa yang perlu dibuat untuk meringankan beban lelaki?

KEDUANYA, Saudari WAJIB memberikan penjelasan kepada keluarga lelaki itu. Beritahu kepada ibubapanya terlebih dahulu situasi sebenar. Kemudian jelaskan kepada si lelaki itu pula. Biar MEREKA TAHU bahawa perubahan itu berlaku tanpa perbincangan di pihak saudari. Jelaskan kesilapan ini berpunca dari BAPA SAUDARA yang menambah-nambah. Mohon maaf bagi pihak pakcik saudari. Semua bapa saudara mahukan yang terbaik untuk anak saudaranya. Cuma, dalam hal ini... dia mungkin tidak faham konsep syariat. Mohon maaf bagi pihaknya.

KETIGANYA, saudari kena bincang semula dengan pihak lelaki. MAMPU atau TIDAK dia meneruskan syarat itu? Adakah terpaksa MEMINJAM / BERHUTANG atau MENGGADAI barangan tertentu semata-mata untuk memenuhi SYARAT perkahwinan. Jika JELAS ianya membebankan, maka ubahlah semula SYARAT itu. Runding semula agar balik kepada PERJANJIAN ASAL. Dari segi hukum, SYARAT dalam perkahwinan boleh diubah selagi ianya tidak membawa kepada PEMBAZIRAN dan BERMEGAH-MEGAH. Bahkan, jika diubah kepada lebih MURAH dan MUDAH maka pasti akan bertambah BARAKAH. Jangan risau, ubah SYARAT ini tidak menjadi suatu DOSA. Malah menjadi pahala dan BARAKAH. Ingat, kesan daripada perkahwinan akan melimpah masuk ke dalam rumahtangga.

Cubalah berbincang dengan ibubapa, jelaskan bahawa PERKAHWINAN yang MERIAH belum tentu menjamin kebahagiaan. Perkahwinan yang RINGKAS, tidak bermakna pasangan gagal mencapai bahagia. Bahkan, kebanyakan perkahwinan kecil dan sederhana lebih memberi erti bahagia daripada PERKAHWINAN BESAR yang kosong nilai keikhlasan.

KEEMPATNYA, Saudari cuba fahamkan keluarga, bahawa pihak lelaki kena sediakan BANYAK LAGI BAJET untuk majlis menyambut menantu pula. Kalau dipihak saudaripun sudah ditaja dengan WANG HANTARAN, sedangkan WANG HANTARAN langsung TIADA DALAM ISLAM. Kemudian ingin menanggung kos jamuan kenduri di rumahnya nanti. BERAPA BANYAK WANG agaknya dia perlu carikan. Ini suatu kezaliman bagi KELUARGA yang RAMAI ANAK LELAKI. Ustaz percaya, saudari memahami dengan jelas situasi ini.

SEKIRANYA keluarga saudari TIDAK MENGANGGAP ianya suatu kezaliman. Malah beranggapan SYARAT itu WAJAR diteruskan. Jadi, apa nak buat? Ustaz mencadangkan ....

KELIMANYA, saudari PERLU BANTU pihak lelaki secara sebalik tabir. Saudari boleh BERIKAN PINJAMAN awal kepadanya untuk wang HANTARAN dan PERSALINAN. Biar pihaknya sediakan RANTAI sahaja. Kerana Rantai itu akan menjadi MILIK saudari. Sedangkan HANTARAN dan PERSALINAN itu akan diguna untuk jamuan keluarga saudari. Maka, ini sudah MERINGANKAN BANYAK PERKARA. Setelah berkahwin nanti, terserah kepada saudari untuk meminta suami MEMBAYAR SEMULA pinjaman itu atau dihalalkan sahaja. LAGI BANYAK PAHALA. LAGI SAYANG SUAMI PADA KITA. Insya Allah!

Itu sahaja setakat ini. Semoga mendapat kebaikan.

Tahniah, semoga selamat diijabkabulkan. Selamat dunia dan akhirat.

Amin.
sekadar gambar hiasan dari En.Google

No comments:

Post a Comment