Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin
muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat
lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih
muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat
sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya
memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu.
Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah
yang amat dituntut oleh agama.
Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki
kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintah dengan penuh ikhlas. Kalau
berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.
Ok, habis tentang sesi pembuka kata dari saya
untuk blog post kali
Tujuan utama saya ialah ingin kongsikan artikel
pada minggu ini berkenaan bagaimanakah atau apakah cara-cara yang boleh anda
cuba amalkan untuk meyakinkan ibubapa anda dan dalam masa yang sama ibubapa
pasangan anda juga jika anda berhajat ingin kahwin muda.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba
ikuti:-
*Anda
perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya
di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan
ibubapa pasangan anda.
*Pamerkan
sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan
membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya
memikirkan diri anda seorang sahaja.
*Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal
ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan
tenang dalam apa juga situasi.
*Matlamat
anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari
keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
*Mempunyai
simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh
mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time
beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu
prestasi pelajaran anda!
*Jika anda
berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1.
Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar,
barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan
anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah
berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
*Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga
untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya
kepada isteri anda.
Nyatakan
secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk
menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
*Bawalah
pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia
kepada mereka.
*Akhir
sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan
perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang
mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut
dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.
Wah, banyak juga kan perkara yang perlu diambil
kira sebelum nak kahwin muda. Ini baru sebelum berkahwin, belum lagi selepas
berkahwin. Tapi takpe, usah risau, yang penting anda terus mencari ilmu dan
belajar ilmu-ilmu rumahtangga serta banyakkan berdoa. InsyaAllah perkahwinan
anda mampu bertahan.
No comments:
Post a Comment