·
Ya Allah, Tetapkanlah Imanku..
·
Apabila iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat.
Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan
berkurang dan tiada. Rasulullah sendiri sering berdoa:
·
“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di
atas jalan agama-Mu”.
·
Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak
menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.
Doa baginda:
·
“Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas
ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam
zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada
kekufuran dan kefakiran”.
·
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya
antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan
terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan
Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
·
Kali ini ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya
kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya
ialah:
- Terus menerus
melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
- Berhati keras dan
tidak berminat untuk membaca al-Quran.
- Lambat melakukan
kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
- Meninggalkan sunnah,
sunat dan wajib
- Memiliki suasana hati
yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
- Tidak berasakan apapun
ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah
mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat
berbuat jahat.
- Berat dalam mengingat
Allah.
- Tidak berasa risau
ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
- Terlalu bersemangat
dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
- Kedekut dan bakhil,
tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
- Memerintahkan orang
lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
- Berasa senang di atas
kegagalan orang lain
- Hanya memperhatikan
yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
- Mempermainkan orang
yang berbuat kebaikan kecil.
- Tidak mahu
memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
- Tidak berasa
bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
- Tidak mampu menerima
musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima
takdir baik sahaja.
- Suka membantah, hanya
untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
- Hanya bersemangat
untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
- Berasa bangga dengan
kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
·
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
- Tilawah Al-Quran dan
mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi,
maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang
berbicara dengan kita.
- Menyedari keagungan
Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar
kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
- Segala sesuatu terjadi
sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala
sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam
dalam kepekatan malam sekalipun.
- Berusaha meningkatkan
ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan
seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti
daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang
berilmu.
- Menghadiri majlis
zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
- Selalu menambah perbuatan
baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah
dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus
dilakukan secara berterusan.
- Berasa takut kepada
akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada
terlena terhadap kesenangan dunia.
- Mengingat tahap
kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika
kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di
syurga atau neraka.
- Berdoa, menyedari
bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
- Cinta kita kepada
Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga
Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan
melakukan kesalahan.
- Malam hari sebelum
tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita
sepanjang hari itu.
- Menyedari akibat
daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah
dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
- Semua yang terjadi
adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa
kita, itupun daripada Allah.
No comments:
Post a Comment