Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.
Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap
hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru
dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual
masing-masing.
Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat,
tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka
secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat
kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas
sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.
Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?
Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?
Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat
kita?
Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak
boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata
kerana cabaran yang melampau sana sini.
Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil
bagi meringankan kekusutan masalah ini.
Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia
menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.
Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk
membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual
anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk
memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.
Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu
supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam
lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang "attack" dari
pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di
antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada
mereka..." (24:32)
Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi
menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?
Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan
mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik,
setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak
muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan
senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita
usaha untuk cuba elakkan.
Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa
mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada
kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk
anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang
rumit. Impossible!
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk
membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:
1. "Kewangan support" dari
ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang
digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana
perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang
miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari,
pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.
2. "Komuniti support" .
Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk
menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang
lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan.
Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini
dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh
bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.
3."Perkahwinan tanpa beban
kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad
sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat
majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah
bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka
ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.
4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi
tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle".
Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam
masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.
Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan
panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu
bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.
Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si
dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan
tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi
reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku.
Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.
Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan
anak-anak ni supaya kewangan mereka "steady" dahulu selepas
itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan
berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut
pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan
perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama
meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik
yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya
sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.
Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental
dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari
tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada,
barulah rumah tangga itu bercahaya.
No comments:
Post a Comment