Pages

Tuesday, 21 February 2012

PERKAHWINAN IMAM MUDA HASSAN & FARDATUL ULFAH




Juara program Imam Muda Musim Ke-2 iaitu Imam Muda Hassan  menamatkan zaman bujangnya  dengan Fardatul Ulfah bt Dr. Hj. Jamali. Majlis akad nikah  dilangsungkan pada 17 Februari di Sabak Bernam, Selangor. Di sini kami kongsikan gambar kad kahwin Imam Muda Hassan. Sangat cantik, simple dan menarik.






 Tenang sang pemimpin yang bakal menggalas tugas sebagai suami
  Debaran seorang Isteri
 Bersatulah Kasih Dua Hati
 Pemberian senaskah Al Quran
 Senyuman penuh makna
 Tersenyum manis si pengantin baru
sama comey sama padan ^_^

Rentetan perjalanan ke dua mempelai :

Nota kaki :
Tahniah juga buat Imam Muda Hassan kerana telah sah bergelar suami kepada Fardatul Ulfah bt Dr. Hj. Jamali. Imam Muda Hassan merupakan seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM). Beliau adalah Juara Imam Muda Musim 2. Manakala isterinya, penuntut Master bidang Usuluddin di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Imam Muda Hassan sah menjadi suami kepada Ulfah dengan sekali lafaz juga mengenakan mas kahwin sebanyak RM666 dan hantaran RM9999 . Beliau mula mengenali Ulfah selepas program Imam Muda 2 tamat menerusi seorang kenalan. Bermula dengan melihat gambar timbul rasa berkenan di hati. Maka pertemuan diatur di mana Ulfah ditemani abangnya.

Keperibadian Ulfah membuatkan hatinya terpaut. Yakin bahawa itu adalah jodoh terbaik buatnya, rombongan meminang diutus pada November lalu dan selepas pulang dari menunaikan Haji pada penghujung Disember, perancangan melangsungkan perkahwinan mula diatur.

*********************************************************************************
P/s : Selang beberapa hari selepas resepsi pernikahan ke dua insan soleh & solehah ini. Pada 20.02.2012, 10.30pm, di sebuah restoren berhampiran IIC ombak batu muda, Dengan izin Allah, saya di izinkan bertemu beliau & isteri. Asyik duduk bersembang, mata melirik pada indahnya memandang pasangan yang telah bernikah kerana Allah.

Wajah manis Imam muda Hassan & isteri jelas terpancar, serta ada kelihatan masih malu - malu , apabila saya menegur.

Tahniah Imam muda Hassan & Isteri, semoga pertemuan kita semalam, mengundang berkah bagi ana dan bakal zaujah, menempuh alam rumah tangga.

 bersama Sahabat Anas di IMAM MUDA II FINAL




Gambar ni : masa ke majlis walimah kakak sahabat baik : Acap
Waktu ni : imam muda asyraf dah sound dah " Ant bila lagi syeh? hehehe
(tersipu malu )   ^__^

No comments:

Post a Comment