·
Pesanan Imam Al-Ghazali
·
Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan
·
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh
mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu
dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah
ia dengan nama yang paling disenanginya.”
·
Riwayat Al-Tabrani
·
Huraian:
- Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim
dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri
serta organisasi yang dipimpin.
- Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan
akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam
masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan
menjadi contoh kepada yang lain.
- Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu
menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah
dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan
perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih
dan sayang antara satu sama lain.
·
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
·
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
·
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan
seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan
diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan.
- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).
- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika
ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu
dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan
ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
No comments:
Post a Comment