Pages

Wednesday, 29 February 2012

PESANAN IMAM AL - GHAZALI TENTANG KAWAN



·         Pesanan Imam Al-Ghazali

·         Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

·         Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

·         Riwayat Al-Tabrani
·         Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

·         Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

·         Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

·         “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. 

KALAM ULAMA

Tuesday, 28 February 2012

SAMBUTAN MAULID KUBRO 1433 YAYASAN AL JENDERAMI - KOTA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



















RUJUKAN : http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/

 P/S :

Alhamdulillah sum Alhamdulillah hi rabbil alamin, wah bihi nas taien, ala umuriddunya waddin, Allah huma shalli ala sayyiduna muhammad wa ala alihi wasahbihi wabaraka wasallam.

pujian limpahan rasa penuh cinta takzim, saya alunkan pada empunya dunia, pemilik tiap inci yang ada pada kita, Dialah Robbul Alamin Allah hu subhanahuwataala.

Selawat salam buat kekasih tercinta : Sayyidina Rasulillah, penghulu sekalian makhluk, penghulu segala nabi. Cintaku padamu semakin membara... Allah humma shalli wasallim wabarikh alaih.

Ketahuilah wahai jiwa orang beriman, tidak akan ada lelah apabila engkau mencintai baginda Rasulillah, hilanglah kemaslahatan, hilanglah kedukaan, pedih, rasa sakit akan lenyap, apabila ketinggian cintamu pada sang nabi yang luhur, semakin hari semakin membara.

Dari tahun ke tahun , tumbuh cinta di dalam hati ummah muhammad, meraikan sambutan maulidin nabiy shalAllah hi alihi wasallam. Baru - baru ini, atas keizinan Allah hu subhanahu wataala, saya dipilih di atara jutaan ummah di permukaan bumi ini, luluh rasa jiwa, menghargai qudwah iradah, tanpa izinnya saya tidak akan mampu hadir, untuk bersama para salafussoleh, menatap wajah TUAN GURU SYEIKH HAFIZ SELAMAT, amat mendamai jiwa.



Ulama soleh ini sentiasa tenang dalam segala hal. Mendengar alunan QASIDAH dari beliau, membuat jiwa luluh menaruh harapan cinta yang tinggi , ingin mendakap indah tubuh mulia Sayyidina Nabiy. Allah humma shalli ala muhammad.

Ribuan para jemaah hadir, menzahirkan rasa cinta buat junjungan besar ini. SubhanAllah....

Maka bersyukurlah pada Allah, kerana Allah telah mengizinkan kita ke majlis yang di rasakan sangat dan amat penting bagi menzahirkan rasa sayang buat baginda.

Andai baginda ada, pasti baginda tersenyum gembira, melihat pencintanya, yang mana belum pernah menatap wajah baginda, akan tetapi, mencintai baginda dengan penuh setia. Inilah CINTA yang sebenar, mencintai Rasulullah, mencintai keluarganya, para sahabat, serta pejuang agama, para salafussoleh.



Alhamdulillah , hampir semua ulama yang hadir pada hari tersebut, dapat saya kucup tangan mereka, mereka adalah orang - orang soleh, yang selalu bermohon , bermunajat kepada Allah, sudah pasti doa mereka, mudah sahaja di kabulkan Allah. Menumpang barakah orang orang soleh.

Antara ulama yang hadir, AL HABIB HASSAN AL ATTAS, SYEIKH MUHMMAD FUAD KAMALUDDIN AL MALIKI, AL HABIB ALI ZAINAL ABIDIN, SYEIKH FAHMI ZAM ZAM, dan beberapa ulama soleh yang tidak saya sebutkan boleh merujuk kepada foto di atas.

Mudah - mudahan dengan barakah ulama serta sambutan maulid, meraikan kekasih di atas segala kekasih , SAYYIDINA RASULULLAH SHALALLAH HI ALIHI WASALLAM, turunlah berkah keampunan, menjadikan hati kita semakin kuat meneladani baginda nabi, serta menjadikan hari - hari kita, keluarga kita, kenalan kita, adik beradik kita, para isteri kita, suami kita, anak kita, semakin dekat dengan BAGINDA SAYYIDINA RASULILLAH , Allah humma amin.

Saya mendoakan kepada para pembaca yang soleh, agar di karuniakan kecintaan yang tertinggi pada BAginda, didiklah keluarga mencintai Baginda. Sungguh!!! dengan mencintai Rasulullah pintu kasih sayang Allah akan senantiasa terbuka, Allah mencintai orang orang yang mencitai kekasihnya.

sesuai dan selaras dalam surah Ali Imram ayat 31 yang bermaksud :



Allah humma amin : baragsiapa yang benar - benar mengharap pertemuan dengan baginda, cintailah baginda, lakukanlah amal semampu daya, tanamkanlah rasa cinta, selalulah menyebut - nyebut nama baginda di mana sahaja kalian berada, berselawatlah. Ajaklah orang - orang yang kalian cinta, mencintai baginda, selalu lah mendengar QASIDAH QASIDAH penceritaan kisah baginda, zahirkanlah rasa, betapa indahnya mencintai JUNJUNGAN YANG PALING MULIA "SAYYIDINA MUHAMMAD SHALALLAH HI ALIHI WASALLAM"

***cikgutaufiq_28/02/2012@6rabiul akhir 1433 hijrah***



YA ALLAH TETAPKANLAH IMANKU




·         Ya Allah, Tetapkanlah Imanku..

·         Apabila iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada. Rasulullah sendiri sering berdoa:

·         “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”.

·         Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi. Doa baginda:

·         “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.

·         Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.

·         Kali ini ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:

  • Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
  • Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
  • Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
  • Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
  • Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
  • Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
  • Berat dalam mengingat Allah.
  • Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
  • Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
  • Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
  • Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
  • Berasa senang di atas kegagalan orang lain
  • Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
  • Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
  • Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
  • Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
  • Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
  • Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
  • Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
  • Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.

·         Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:

  • Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  • Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  • Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  • Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  • Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  • Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  • Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  • Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  • Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  • Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  • Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  • Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  • Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.


QASIDAH YA HANANA



ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد


dzoharoddiinul muayyad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد


dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله


ya hana na nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

يَا هَنَانَا


ya hana na

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى


khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله


ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah

يَا هَنَانَا


ya hana na

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر


min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام


waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam

يَاهَانَانَأ


ya hana na

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا


athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله


dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah

يَاهَنَانَا


ya hana na

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام


shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام


shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami

يَا هَنَانَا


ya hana na

**************************************************************************


BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI.... YA HANANA..

Teks Qasidah Yahanana.


YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami