Sekembalinya
Nabi SAW dari bumi Thaif. Berteduh Nabi SAW sebentar di bawah pohon anggur. Di
dalam kebun milik Utbah dan Syaibah. Kesedihan jelas terpapar pada wajah Nabi SAW
setelah dicerca dan dilontar batu oleh penduduk bumi Thaif. Utbah dan Syaibah
memasang telinga mendengar pengaduan hebat dari seorang Rasul kepada RabbNya.
Rintihan yang dipohonkan oleh Nabi SAW membuatkan kekafiran Utbah dan Syaibah
tersebut juga lentur sehingga menyuruh khadamnya Addas untuk memberi anggur
kepada Nabi SAW sebagai penghilang kelaparan.
“Ya
Allah… Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
Dan
sedikitnya kemampuanku,
Serta
kehinaanku dihadapan manusia.
Wahai
Sebaik-baik pemberi kasih sayang,
Engkaulah
Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku.
Kepada
siapakah Engkau serahkan diriku,
Kepada
orang yang jauh yang menggangguku,
Atau
kepada musuh yang akan menguasai urusanku,
Asalkan
Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku,
Akan
tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku.
Aku
berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan,
Dan
yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat,
Untuk
melepaskan aku dari Marah-Mu,
Atau
menghilangkan Murka-Mu dariku.
Hanya
pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan Keridloan-Mu,
Dan
tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu
(Rujuk
Raheeq al-Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri)
Perhatikanlah
kehebatan tawakkal Nabi SAW. Lembaran hidup beliau menunjukkan pada kita
bagaimana bagindan bertawakkal. Ketika Baginda di puncak penghinaan dan
penolakan di Mekah. Diragut dengan pemergian dua orang pembelanya iaitu Abi
Thalib dan isteri tercinta Khadijah dalam tahun yang sama. Sehingga tercatat
lembaran sejarah memberi jolokan inilah tahun duka cita bagi Nabi SAW. Namun
kedukaan ini tidak menggambarkan hilangnya rasa keseorangan di hati Nabi SAW.
Kepada Allah dijadikan teman.
Khadijah
dan Abi Thalib diwafatkan, agar Nabi SAW semakin tergantung hanya kepada Allah
SWT. Terkadang, begitu cintanya Allah kepada kita, ia mengambil semua “sebab”
yang telah kita terbiasa dengannya. Seolah-olah Allah ingin mengatakan kepada
kita , “Wahai hambaKu, Aku ingin engkau datang dan berlindung hanya kepadaKu”.
Ketika kita menyangka semua jalan sudah tertutup, lalu Allah menginginkan kita
kembali padaNya hingga kita mengetahui Dia itu al-Wakil.
Lantaran
itu doa yang sering dituturkan Nabi SAW menggoncangkan hati umatnya dalam
meletakkan Allah SWT sebagai pelindung. “ Ya Allah, jangan Kau tinggalkan
aku untuk diriku walau sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana
jika Engkau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan
kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.” ( HR al-Baihaqi)
Penyerahan
sebulat hati walau sekelumit kerdipan mata. Itulah tawakkalnya seorang Rasul.
Di sisi lain Allah “cemburu” pada hati manusia. Allah mencintai kalau hati
seorang hamba terkait denganNya sendirian ketika ia dalam kondisi taat. Tetapi
kadang hamba itu disibukkan dengan urusan dunia. Lalu Allah mengambil dunianya
tersebut agar ia hanya disibukkan dengan Allah semata-mata.
Lihatlah
peristiwa Nabi Ibrahim AS. Ketika ia tertarik dengan kehadiran anak baru iaitu
Ismail AS. Allah mengambil Ismail dari tangannya. Dia memerintahkan Ismail
disembelih. Namun tatkala di hati Ibrahim hanya terdapat Allah sebagai pemilik
cintanya, maka digantikan kibas sebagai galang ganti hadiah pengorbanan beliau.
Nabi
Yaakub AS, dikurniakan seorang anak yang sangat comel iaitu Yusuf AS. Sehingga
kecintaan kepada Yusuf AS memenuhi semua hidup dan hatinya. Maka Allah
mengambil Yusuf AS selama dua puluh tahun, sehinggalah hatinya kembali dipenuhi
cinta pada Allah. Lalu Allah pun mengembalikan Yusuf AS padanya semula.
Inilah
dinamakan “cemburu” nya Allah. Cemburu Allah tidak sama seperti cemburunya
makhluk. Diambilnya pendamping kita, untuk digantikan diriNya sebagai Maha
Pelindung. Kefahaman inilah yang membuatkan Nabi SAW mendidik para sahabatnya
dalam bertawakkal.
Kisah
kegentaran Abu Bakar RA ketika di Gua Thur detik peristiwa Hijrah di rendangkan
dengan pesanan mulia Nabi SAW , “Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama
kita”. Dada Ibn Abbas yang masih kecil ketika itu ditanam dengan pesanan
Nabi SAW dengan sabdanya “Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu”. ( HR
al-Tirmizi dan Ahmad)
Di
manakah tahap kebergantungan kita pada Allah SWT. Ketika dihimpit dengan
kesukaran. Ketika disaat hilangnya tali berpaut. Adakah kita mampu meneladani
contoh terpilih yang sentiasa hidup kebersamaan disamping Allah . Sehingga
mereka digelar kekasihNya. Tatkala pedang dihunus ke leher Baginda Nabi SAW,
ditanya siapakah yang mampu menghalangimu. Lalu dijawab oleh Nabi SAW, hanya
ALLAH penghalangmu. Membuatkan terjatuhnya pedang si musuh dengan jawapan
betapa tingginya nilai kebergantungan kepada Allah SWT. Juga ketika mana
manusia berbondong-bondong menahan keperitan kepanasan api yang setinggi
bangunan yang disediakan bagi membakar Nabi Ibrahim AS. Mereka semua hanya
berkata tiada lagi yang dapat membantu Nabi Ibrahim AS. Namun mereka terlupa.
Siapakah yang paling hampir disisi hambaNya yang erat dalam kebersamaan. Lalu
terpancar berulang-ulang dari bibir seorang Nabi, “ Cukuplah Allah bagiku, ( Dialah ) sebaik-baik tempat bersandar.”
**************************************************************************************
petikan : IMAM MUDA ASYRAF
**************************************************************************************
petikan : IMAM MUDA ASYRAF
No comments:
Post a Comment