Pages

Friday, 30 December 2011

HIJRAH MAHABBATURRASULILLAH

HIJRAH MAHABBATURRASULILLAH
Alhamdulillah, penzahiran syukur tertinggi kepada penyedia segala kemudahan, penawar segala kegundahan, penghilang segala kemaslahatan. Itulah Allah, Maha dekat dalam diri kalian. Ketahuilah bahawa kasih sayang Allah itu, melebihi, malah meliputi segalanya, baik hamba yang taat mahupun dalam keadaan maksiat. Maha baik Allah, memilih kita untuk berada dalam nikmat Islam, juga meminjamkan Iman di dalam dada.

Selawat salam keatas pujaan hati, seluruh pencintanya, seluruh yang mendamba syafaatnya, seluruh jiwa yang sangat ingin bertemu dengannya, hanya kerana dia, pembawa kerahmatan sekalian alam, dialah kekasih Allah “ Sayyidina Rasulillah, Muhammad Arabi ShallAllah hi alihi wasallam.”

Telah hadir satu ruang penzahiran hati, sekalian lama saya tidak merakamkan tulisan hati pinjaman Illahi. Menzahirkan kebesaran, serta pujian, hanya kerana Dia , hanya kepada Dia.

Sewaktu menaip entry ini, hati saya merasakan ketenangan, damainya apabila mengingat, segalanya milik Dia. Kemana arah lagi yang ingin kita kejarkan, jika bukan kearah matlamat mencari keredhaanNya.

Telah di zahirkan satu panutan terindah “ Sayyidina Muhammad “, kenapa perlu mencari selainnya. Dalam hal demikian, saya merasakan dari era zaman, akhlak insan telah terlalu jauh mencontohi baginda Muhammad.

Bukan membicara diri terlalu sempurna, akan tetapi meluahkan, bahawa diri ini masih belum mampu mencontohi baginda. Seandainya baginda Rasulullah ada pada masa ini… sudah pasti baginda sedih mengenangkan umatnya. Jauh dari asas akhlak yang di bawa.


Nabi Muhammad Tidak Menegur Kesalahan, Hanya Menunjukkan Apa yang Betul

Dalam amalan lazim, kita cenderung menegur perbuatan yang salah, khususnya apabila ada orang yang mengatakan sesuatu yang haram disebut, contohnya mengutuk orang ataupun mendoakan orang lain supaya binasa.

Kita percaya kesalahan wajib ditegur kerana jika orang itu tidak ditegur dia akan terus melakukan kesalahannya.

Namun, dalam rekod sejarah terdapat banyak catatan yang menunjukkan Nabi Muhammad tidak menegur perbuatan yang salah. Catatan di bawah ini adalah salah satu daripadanya:


Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari Thufail bin Amr al-Dawsi dan beberapa orang rakan-rakannya daang berjumpa Nabi Muhammad. Thufai berkata, “Wahai Rasul Allah, orang-orang suku Daus tidak mahu ikut tuan. Mohonlah supaya Allah binasakan mereka.” Orang-orang yang ada di situ ketika itu berkata, “Binasalah suku Daus!” Nabi Muhammad berkata, “Ya Allah, berilah suku Daus pentunjuk, dan bukalah hati mereka supaya masuk Islam.” Hadith No. 1265 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari

Dalam peristiwa di atas orang-orang itu melakukan kesalahan apabila mereka berkata, “Binasalah suku Daus!”

Mendengar kata-kata itu Nabi Muhammad diam sahaja, tidak menegur mereka. Sebagai contoh, Nabi Muhammad tidak berkata:

* "Kamu tidak boleh cakap macam itu!"
* "Jangan cakap begitu."
* "Kamu tidak boleh mendoakan orang lain binasa."
* "Jangan doakan orang lain ditimpa bala."
* "Haram! Haram! Apa yang kamu sebut itu haram!"

Sebaliknya, Nabi Muhammad hanya menunjukkan apa yang betul dengan berkata, “Ya Allah, berilah suku Daus pentunjuk, dan bukalah hati mereka supaya masuk Islam.

Jelaslah bahawa sebagai insan yang beriman kepada Rasulnya, tidak dapat tidak wajib menjadikan Rasulullah sebagai ikutan, baik dalam apa cara sekalipun. InsyaAllah dengan niat kita ini. Allah akan nilai. 

"Jangan bimbang untuk membuat perubahan ke arah kebaikan, 
tapi bimbanglah serta khuatirlah kenapa kita sukar berubah" ( cikgutaufiq 5.57pm )

InsyaAllah, bersempena dengan maal hijrah yang telah lalu, pada entry pertama. saya telah rakamkan beberapa penjelasan utama, dalam hal da`wah bil hal. Di ruang kesempatan ini juga bersempena dengan sambutan pertukaran tahun, melangkah setapak lagi perkiraan umur, penghijrahan nombor masehi. "saya ingin merakamkan ucapan Selamat melangkah ke 2012. Bukan keutamaannya pada angka atau mengambil karamah dari tarikh tersebut. Namun ianya boleh menjadikan satu titik ukur, memperbaharui iman kita pada Allah, memperbaharui Akhlak kita seperti Rasulullah. Bergaul dengan para alim ulama dan orang orang dicintai Allah.


" Dengan rasa rendah hati, saya ingin memohon maaf pada seluruh yang mengenali saya, secara dekat, ataupun sekadar mendengar nama, atau sekadar mengikuti melaui blog sahaja. Ketahuilah setiap insan itu tidak terlepas dari kesalahan, namun yang paling baik antara kalian adalah memperbaiki kesalahannya"

" Saya mendoakan agar kalian semua, di kurniakan hati yang sejahtera, sentiasa tenang dengan mengingat kepada Allah, sentiasa dalam pemeliharaan Allah di mana sahaja kalian berada. Saya sayang kalian semua. Andai ini adalah entry terakhir. Daoakan kejehteraan saya setelah kembali kepada Rabbul Jalil. Amin.
(cikgutaufiq@gmail.com)

INDAHNYA HIDUP BERSAMA ALLAH




Sekembalinya Nabi SAW dari bumi Thaif. Berteduh Nabi SAW sebentar di bawah pohon anggur. Di dalam kebun milik Utbah dan Syaibah. Kesedihan jelas terpapar pada wajah Nabi SAW setelah dicerca dan dilontar batu oleh penduduk bumi Thaif. Utbah dan Syaibah memasang telinga mendengar pengaduan hebat dari seorang Rasul kepada RabbNya. Rintihan yang dipohonkan oleh Nabi SAW membuatkan kekafiran Utbah dan Syaibah tersebut juga lentur sehingga menyuruh khadamnya Addas untuk memberi anggur kepada Nabi SAW sebagai penghilang kelaparan.

“Ya Allah… Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
Dan sedikitnya kemampuanku,
Serta kehinaanku dihadapan manusia.
Wahai Sebaik-baik pemberi kasih sayang,
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau serahkan diriku,
Kepada orang yang jauh yang menggangguku,
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku,
Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku,
Akan tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan,
Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat,
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu,
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku.
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan Keridloan-Mu,
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu
(Rujuk Raheeq al-Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri)
Perhatikanlah kehebatan tawakkal Nabi SAW. Lembaran hidup beliau menunjukkan pada kita bagaimana bagindan bertawakkal. Ketika Baginda di puncak penghinaan dan penolakan di Mekah. Diragut dengan pemergian dua orang pembelanya iaitu Abi Thalib dan isteri tercinta Khadijah dalam tahun yang sama. Sehingga tercatat lembaran sejarah memberi jolokan inilah tahun duka cita bagi Nabi SAW. Namun kedukaan ini tidak menggambarkan hilangnya rasa keseorangan di hati Nabi SAW. Kepada Allah dijadikan teman.
Khadijah dan Abi Thalib diwafatkan, agar Nabi SAW semakin tergantung hanya kepada Allah SWT. Terkadang, begitu cintanya Allah kepada kita, ia mengambil semua “sebab” yang telah kita terbiasa dengannya. Seolah-olah Allah ingin mengatakan kepada kita , “Wahai hambaKu, Aku ingin engkau datang dan berlindung hanya kepadaKu”. Ketika kita menyangka semua jalan sudah tertutup, lalu Allah menginginkan kita kembali padaNya hingga kita mengetahui Dia itu al-Wakil.

Lantaran itu doa yang sering dituturkan Nabi SAW menggoncangkan hati umatnya dalam meletakkan Allah SWT sebagai pelindung. Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana jika Engkau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.” ( HR al-Baihaqi)
Penyerahan sebulat hati walau sekelumit kerdipan mata. Itulah tawakkalnya seorang Rasul. Di sisi lain Allah “cemburu” pada hati manusia. Allah mencintai kalau hati seorang hamba terkait denganNya sendirian ketika ia dalam kondisi taat. Tetapi kadang hamba itu disibukkan dengan urusan dunia. Lalu Allah mengambil dunianya tersebut agar ia hanya disibukkan dengan Allah semata-mata.

Lihatlah peristiwa Nabi Ibrahim AS. Ketika ia tertarik dengan kehadiran anak baru iaitu Ismail AS. Allah mengambil Ismail dari tangannya. Dia memerintahkan Ismail disembelih. Namun tatkala di hati Ibrahim hanya terdapat Allah sebagai pemilik cintanya, maka digantikan kibas sebagai galang ganti hadiah pengorbanan beliau.
Nabi Yaakub AS, dikurniakan seorang anak yang sangat comel iaitu Yusuf AS. Sehingga kecintaan kepada Yusuf AS memenuhi semua hidup dan hatinya. Maka Allah mengambil Yusuf AS selama dua puluh tahun, sehinggalah hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah. Lalu Allah pun mengembalikan Yusuf AS padanya semula.
Inilah dinamakan “cemburu” nya Allah. Cemburu Allah tidak sama seperti cemburunya makhluk. Diambilnya pendamping kita, untuk digantikan diriNya sebagai Maha Pelindung. Kefahaman inilah yang membuatkan Nabi SAW mendidik para sahabatnya dalam bertawakkal.
Kisah kegentaran Abu Bakar RA ketika di Gua Thur detik peristiwa Hijrah di rendangkan dengan pesanan mulia Nabi SAW , “Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”. Dada Ibn Abbas yang masih kecil ketika itu ditanam dengan pesanan Nabi SAW dengan sabdanya “Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu”. ( HR al-Tirmizi dan Ahmad)
Di manakah tahap kebergantungan kita pada Allah SWT. Ketika dihimpit dengan kesukaran. Ketika disaat hilangnya tali berpaut. Adakah kita mampu meneladani contoh terpilih yang sentiasa hidup kebersamaan disamping Allah . Sehingga mereka digelar kekasihNya. Tatkala pedang dihunus ke leher Baginda Nabi SAW, ditanya siapakah yang mampu menghalangimu. Lalu dijawab oleh Nabi SAW, hanya ALLAH penghalangmu. Membuatkan terjatuhnya pedang si musuh dengan jawapan betapa tingginya nilai kebergantungan kepada Allah SWT. Juga ketika mana manusia berbondong-bondong menahan keperitan kepanasan api yang setinggi bangunan yang disediakan bagi membakar Nabi Ibrahim AS. Mereka semua hanya berkata tiada lagi yang dapat membantu Nabi Ibrahim AS. Namun mereka terlupa. Siapakah yang paling hampir disisi hambaNya yang erat dalam kebersamaan. Lalu terpancar berulang-ulang dari bibir seorang Nabi, “ Cukuplah Allah bagiku, ( Dialah ) sebaik-baik tempat bersandar.”

**************************************************************************************
petikan : IMAM MUDA ASYRAF

BEDAH BUKU BERSAMA...



Bedah Buku Bersama :
Penulis Novel Sejarah No 1.
Abdul Latip
Tempat       ;         Masjid Asy Syakirin KLCC
Tarikh        ;         31 Disember 2011 ( 9.30pagi – 5.00 petang )
                             01 Januari 2012 ( 3.30 pagi – 9.00 pagi )

Thursday, 29 December 2011

ISTIKHARAHKU MEMBISIKKAN SESUATU…




Bagaimana si dia menawarkan cinta kepada anda?

Persoalan Lazim Remaja
            “Bagaimana kita hendak tahu si dia terbaik untuk kita ataupun tidak?”
“Selepas istikharah memang ia akan nampak dalam mimpi?”
“Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi selepas buat istikharah. Jadi, perlukah saya terima dia sedangkan saya tidak yakin pun kepadanya?”
“Saya takutlah hendak membuat istikharah. Takut nampak apa yang saya tidak berkenan.”

Apa Itu Istikharah?
            Istikharah ialah suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunnah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata, bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.
Contohnya, mahu membeli kereta VIVA ataupun Myvi? Mahu balik kampung ataupun mengikuti program keusahawanan semasa cuti semester? Mahu mengikuti jurusan Undang-undang Sivil ataupun Undang-undang Syariah?
Bagaimana membuat pilihan?
Buatlah pilihan dengan istikharah dan berbincang.
Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.
Ikut garis panduan al-Quran dan al-Sunnah.
Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah ataupun melakukan larangan-Nya. Contohnya, mahu memakai tudung ataupun tidak? Mahu memakai jeans ataupun baju kurung? Mahu pergi dating ataupun study?

Istikharah Menghapus Unsur-unsur Ramalan
            Islam datang memancarkan sinar ketika masyarakat Arab jahiliyah sedang tenggelam dengan amalan menilik nasib, dukun, mantera dan meramal masa depan. Pelbagai kreativiti direka-reka bagi menilik nasib seperti meramal dengan bintang, meramal dengan sial burung dan mengundi dengan undian belahan-belahan kayu. Mereka meramal bagi mengetahui bilakah waktu yang sesuai memulakan perniagaan atau meramal kalah menang dalam peperangan dan sebagainya.
Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90).
Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan seperti itu, Allah SWT mensyariatkan istikharah yang mengandungi benih tauhid dan kebahagiaan di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilih istikharah sebelum memutuskan urusannya.

Doa Istikharah
   Maksudnya: 
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”
 
Galakan Istikharah
            Galakan istikharah sangat tinggi dalam Islam, hingga ada ulama yang menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh (generasi awal yang dekat dengan zaman Nabi) bersepakat yang istikharah itu sunnah bukan wajib.
Kata Jabir bin Abdullah, “Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah daripada al-Quran, sabdanya, 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunnah dua rakaat, kemudian bacalah doa ini….'” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
            Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.
            Rasulullah SAW berkata: “Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi) 
Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?
            Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Selepas beristikharah dan berbincang, kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi mengapa perlu takut untuk istikharah?
Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya selepas istikharah, ia hanyalah bonus daripada Allah untuknya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah untuk kita.
Hatta sekiranya kita sendiri yang bermimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati, dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .
Apakah pandangan Islam berkenaan mimpi (ru’yah)?
Realiti tiga golongan.
1.      Ada orang yang bergantung sepenuhnya kepada mimpi. Ia terdedah kepada sangkaan, mainan syaitan dan mainan perasaan.
2.      Ada golongan yang menolak sepenuhnya mimpi. Ia menafikan sesuatu yang wujud, thabit (tetap) serta tidak patut diingkari secara umumnya.
3.      Ada golongan yang menganggap mimpi sebagai bonus sokongan daripada Allah  dengan apa yang sudah diyakini berdasarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat ini lebih adil dan sederhana.
Merujuk Risalah Taalim oleh al-Imam Hassan al-Banna yang dihuraikan oleh Muhammad Abdullah al-Khatib dan diadaptasi oleh penulis, ada beberapa penjelasan berkenaan kedudukan mimpi dalam Islam. Antaranya adalah:
·Mimpi insan biasa bukanlah hujah bagi hukum syarak. (Misalnya seseorang yang bermimpi, hubungannya dengan Allah sudah mantap maka dia hanya perlu solat dengan menggunakan niat, maka mimpinya dikira batil dan tidak menjatuhkan hukum syarak apapun ke atasnya).
·Mimpi seseorang tidak diambil kira sekiranya bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya. (Misalnya wanita mengandung  bermimpi makan khinzir hingga menyebabkan dia sangat mengidamkannya. Mimpi itu tidak boleh dijadikan hujah untuknya melanggar hukum agama yang telah tetap.)
·Mimpi seseorang yang tidak bertentangan dengan nas, boleh diambil kira untuk dirinya sendiri, bukan hujah untuk orang lain. (Misalnya, seseorang bermimpi berkahwin dengan seseorang, manakala agama dan akhlak orang itu memang bagus, maka dia boleh berusaha ke arah menjadikan mimpinya suatu realiti. Namun, dia tidak boleh memaksa orang itu menerimanya semata-mata berhujahkan mimpinya sendiri.)
·Mimpi banyak berbaur dengan sangkaan, bercampur-aduk dengan waham (prasangka), justeru kita tidak bergantung sepenuhnya kepadanya. Sekadar berwaspada. (Misalnya kita bermimpi berkahwin dengan seseorang, sedangkan kita belum mengetahui berkenaan agama dan akhlaknya, maka tidak perlu terburu-buru percaya kepada mimpi itu. Mimpi itu mungkin boleh menjadi sekadar ilham untuk kita merisik agama dan ahklaknya dengan teliti).
·Faedah kewujudan mimpi adalah sokongan tambahan pada perkara yang sudah tetap (thabit) daripada al-Quran dan al-Sunnah. Ia dianggap sokongan tambahan kepada perkara yang telah thabit dan dianggap sebagai cahaya di atas cahaya.
·Mimpi bukan semuanya daripada syaitan dan mainan perasaan semasa tidur. Ada juga mimpi yang benar daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, “Mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang daripada Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada syaitan.” (Riwayat Muslim). Ibnu Taimiyah berkata di dalam al-Fatawa, hendaklah seseorang tahu membezakannya. (Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat, tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, sms dan dating).
·Sekalipun ulama tidak mengingkari wujudnya mimpi yang benar, namun mereka mensyaratkan, perlunya nilaian daripada al-Quran dan al-Sunnah terhadap setiap apa yang dimimpikan. Hanya kedua sumber itu yang maksum (terpelihara daripada kesilapan).
·Berkata Ibnu Taimiyah, “Ahli kasyaf dan ahli ilham ada kalanya benar dan ada kalanya silap. Justeru mereka perlu berpegang teguh dengan tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.” (Al-Fatawa).
Wujudkan Sokongan Mimpi dalam Urusan Jodoh?
            Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita supaya beristikharah (berdoa pada Allah) dan bermusyawarah (berbincang dengan makhluk) dalam membuat sesuatu pilihan.
Kita tidak perlu meragui lagi yang Rasulullah SAW menjadikan istikharah itu trend dalam hidup baginda apabila mahu membuat sesuatu pilihan. Buktinya, kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan, seperti baginda mengajar kami satu surah dari al-Quran, sabdanya:
Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan melakukan sesuatu perlulah dia melakukan solat sunnah dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
Setelah kewafatan Khadijah, Allah SWT menghadirkan mimpi seorang gadis yang dibawa oleh malaikat Jibril di dalam kelubung sutera. Apabila diselak, gadis itu adalah Aisyah. Jibril berkata, “Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat.” Tiga kali mimpi itu menemani malam baginda.
Baginda cuma berkata kepada diri dengan mimpi itu, “Kalau ini kehendak Allah, pasti akan terlaksana.” (Muttafaqun a’laih).
Selepas mengalami mimpi itu, Rasulullah SAW bermusyawarah dengan Khaulah binti Hakim bin al-Auqash, isteri Usman bin Mazh’un yang mencadangkan calon isteri untuk baginda. Didapati calon yang dimaksudkan iaitu Saudah dan Aisyah. Berdasarkan nilaian akhlak dan agama memang patut dijadikan isteri. Natijahnya, Rasulullah SAW meminta beliau menyampaikan pinangan baginda kepada calon yang dimaksudkan itu.
Kesimpulannya:
·Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah.
·Petunjuk tidak semestinya hadir melalui mimpi. Namun sekiranya kita bermimpi yang baik, ia boleh menjadi bonus sokongan daripada Allah kerana mimpi itu wujud, thabit dan tidak patut diingkari secara umumnya.
·Petunjuk dapat hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama.
·Selepas beristikharah dan berbincang ,kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk.

*****************************************************************************************

di petik dari blog : sebarkanbahagia

SUAMI HEBAT, SUAMI PENYABAR






Suami penyabar bukan sahaja menaikkan nilai wibawanya di hati isteri bahkan di pandangan Allah swt jua
·RASULULLAH MENCONTOHKAN SIFAT SABAR TERHADAP KARENAH ISTERI

Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata, “Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami.
Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini.
Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, ‘Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda. Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.’ Saya (Umar) lalu berkata, ‘Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?’” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang  Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda  sendiri.”

·UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,
“Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,
“Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”
Umarpun berkata kepadanya,
“Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.
Lelaki itu menjawab,
“Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar berkata,
“Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,
“Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka.”(Riwayat Muslim dan Ahmad).

************************************************************************************


Wednesday, 28 December 2011

KENALI YAYASAN AL JENDERAMI ( PUCUK PIMPINAN)



Arus perdana globalisasi, perlumbaan manusia mengejar duniawi, persaingan timur barat, kemelut peperangan, malapetaka yang melanda alam telah mencetus kesedaran insani Islami. Untuk bersedia menghadapi cabaran zaman maka lahirlah - Yayasan Al Jenderami("YAJ")
  

YAJ adalah merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuh pada tanggal 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965 No Syarikat 619317-K. Bermula dengan sebuah pusat pengajian Islam (sistem tradisional) di Desa Jenderam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, ia kini telah dihimpit oleh rangkaian pembangunan moden Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mencetuskan anjakan paradigma seterusnya mengubah pusat ini kepada sebuah yayasan dengan organisasi lebih tersusun sebagai langkah untuk memastikan ia mengikuti peredaran masa dan tuntutan persekitaran. Walau bagaimanapun, Yayasan Al-Jenderami tetap kekal sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh pada landasan Islam.

Kepimpinan
Yayasan Al–Jenderami diterajui oleh barisan kepimpinan yang berwibawa, dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi. Mereka menyandang tanggungjawab yang besar bagi mencapai matlamat yayasan ini menerusi pelbagai aktiviti yang telah, sedang dan bakal dilangsungkan.


Al-Fadhil Sheikh Hj Mohd Hafidz b. Hj Selamat
                             Penasihat
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
 


Dato’ Dr. Hj. Jamaluddin
     Bin Abd Hamid
 Timbalan Pengerusi

     Datuk Hj Alias Bin Ali
Pengerusi







   YM Raja
  Abdul Rahman
Bin Raja Mansur
      Tn Dr Hj
   Ahmad Fauzi    Bin Mustapha
   Tn Hj.
 Kamarulzaman
      Bin Omar
    Tn Hj Zainuddin
  Bin Abd Manaf
       Bendahari
     Tn Hj Ibrahim
        Bin Ismail
      
   Setiausaha





      Tn Hj Shahril
     Bin Abdul Karim
   Tn Hj Abdul Jalil
        Bin Yusof
   Tn Hj Md. Khalid
      Bin Abdullah
   En. Abdul Razak
    Bin Dato’ Ipap

'New Management Team' 





     Encik Shafariz
        b. Lazim
     Tn Hj Ridwan
     b. Muhammad
     Tn Hj Azman
        b. Yusof
      Tn Hj Zainal
   Abidin b. Ahmad




  Tn Hj Amanuddin
    b. Shamsuddin
   Tn Dr. Hj Zolman
          b. Hari
      Tn Hj Nasir
       b. Mansor
Pengurusan



   Tuan Hj Shahirul
   Azmar Bin Ishak
          COO
     Tuan Hj Md.
 Khalid Bin Abdullah
          CEO


Ahli Lembaga Pemegang Amanah
1. Datuk Hj Alias Bin Ali (Pengerusi)
2. Dato’ Dr. Hj. Jamaluddin Bin Abd Hamid (Timbalan Pengerusi)
3. Tuan Hj Ibrahim Bin Ismail (Setiausaha)
4. Tuan Hj Md. Khalid Bin Abdullah
5. Tuan Hj Abdul Jalil Bin Yusof
6. En. Abdul Razak Bin Dato’ Ipap
7. Tuan Hj Zainuddin Bin Abd Manaf
8. YM Raja Abdul Rahman Bin Raja Mansur
9. Tuan Dr Hj Ahmad Fauzi bin Mustapha
10. Tuan Hj Shahril Bin Abdul Karim
11. Tuan Hj. Kamarulzaman Bin Omar


CEO : Tuan Hj Md. Khalid Bin Abdullah
COO : Tuan Hj Shahirul Azmar Bin Ishak

New Management Team (NMT) 
1. Tuan Hj Zainal Abidin b. Ahmad
2. Tuan Hj Azman b. Yusof
3. Tuan Dr. Hj Zolman b. Hari
4. Tuan Hj Ridwan b. Muhammad
5. Encik Shafariz b. Lazim
6. Tuan Hj Nasir b. Mansor
7. Tuan Hj Amanuddin b. Shamsuddin

******************************************************************************************