Ribuan saksikan Kahwin
Perdana 100 pasangan
PENGKALAN CHEPA, 25.Dis –
Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya
diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.
Bermula dengan solat
hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke
Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan
kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin
lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik
Mat dan pimpinan kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan
ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan
kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.
Melalui Perkahwinan
secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai
tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu
bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM
500 dan senaskah Al-Quran.
Beliau juga berkata ia
bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat
membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini.
“Dengan terbinanya ikatan
perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari
dengan tanggungjawab masing-masing”ujar beliau.
Sementara itu Tuan Guru
Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata
ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh
dikhianati oleh pasangan yang berkahwin.
“Saya amat gembira bila
melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan
perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dna diharapkan kedua-dua pihak
dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada
Allah”kata beliau.
Nik Abdul Aziz juga
berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap
agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudan matang untuk
mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila
mempunyai suami maupun isteri.
Majlis diserikan lagi
dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz
sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan
Kahwin Perdana 2010
Kerajaan Negeri Kelantan
sekali lagi menerajui perubahan apabila mengorak langkah menganjurkan program
'Kahwin Perdana 2010' bertempat di PUTIK, Kota Bharu hari ini. Kerajaan
Kelantan mengorak langkah tampil membawa salah satu jalan penyelesaian ketika
masyarakat khususnya muda mudi pada hari ini banyak terjebak dengan
maksiat,pergaulan bebas dan penzinaan. Langkah ini patut dipuji dan seharusnya
dijadikan contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain dan Kerajaan 1 Malaysia
sendiri.
Semua kos perkahwinan
ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Kelantan berupa mas kahwin 1 Dinar Kelantan
+ RM500 + sebuah al-Quran. Seramai 101 pasangan bertuah menyertai program ini.
Langkah ini memberi peluang kepada pasangan yang kurang berkemampuan untuk
mendirikan rumah tangga, sekali gus menyedarkan rakyat bahawa adat dan budaya
masyarakat Melayu dalam proses perkahwinan kadang-kadang menyusahkan proses
perkahwinan itu sendiri. Maka ramailah yang mengambil jalan pintas semata-mata
untuk menempiaskan nafsu serakah di hotel-hotel murah,di dalam semak, hatta
dalam tandas awam sekalipun. Anak-anak luar nikah yang lahir hasil dari serakah
mereka ini juga dibuang, ditinggalkan bahkan dilempar kerana mereka hanya
berlandaskan nafsu semata-mata.
Islam tidak pernah
sesekali menghalang fitrah manusia dan menyediakan jalan keluar yang terbaik,
fitrah manusia itu saling menyukai antara lelaki dan perempuan, fitrah manusia
itu sukakan syahwat. Islam menyediakan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian
berbeza dengan sesetengah agama ciptaan manusia yang menghalang alim ulamak
mereka dari berkahwin. Katanya kahwin itu kotor, tidak menyucikan diri dan
sebagainya. Hasil dari itu, kita sering terdengar bahawa ada kes-kes alim
ulamak mereka ini berzina secara sorok-sorok. Sememangnya syahwat itu adalah
fitrah manusia, kenapa menghalang? Secara automatik, ternafilah agama ciptaan
manusia ini.
Sekalung tahniah
diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Pembangunan Wanita,
Keluarga & Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan dan Majlis Agama Islam Kelantan di atas penganjuran 'Kahwin Perdana
2010' ini. Mudah-mudahan program ini dijadikan program tahunan kerajaan negeri
dalam proses melahirkan Ijtima' Muslim, seterusnya Negeri Islam yang diredhai
dan diberkati. "Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghofur". -jottumah
No comments:
Post a Comment