Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman
dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang
mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu
susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan
ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan
yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidup aku berjuang
bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.
Ku kunjungi seribu negara, namun tidak
satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana
sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama
baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap
belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.
Berpisah dengannya bererti istirehat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat
kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang
engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap
tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya
cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat
kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri
jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi
rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan
musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:
“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak
mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku, aku
sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku
daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan
rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu
kepada orang yang kucintai.”
No comments:
Post a Comment