Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam
yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup
syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri.
Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk
melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam
lingkungan 20-24 tahun.
Usia
sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi
memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang
tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin
mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut
adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1-
Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa,
adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji
mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih
mencabar iaitu perkahwinan.
2-
Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari
segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam
kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal
usia yang muda.
3-
Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib
dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan
rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4-
Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal
anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan
yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan
tanggungjawab seorang Muslim.
5-
Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang
bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah
seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang
masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan
kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara
kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu
untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6-
Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang
tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak
mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan
ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan
baik.
7-
Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi
'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu
menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8-
Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan
hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan
kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan
kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat
mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari
mereka.
9-
Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan
usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah
lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka
sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa
usaha dan tawakal.InsyaAllah.
********************************************************************************************
InsyaAllah : semoga perkongsian ini bermanfaat, terutama untuk diri saya. Allah humma yassir wala tuassir. ^__^
Sumber : Iluvislam.com
No comments:
Post a Comment