Pages

Thursday, 26 January 2012

TALAQQI INTENSIF 2012



Alhamdulillah dengan keikhlasan tuan dalam menuntut .. permohonan untuk mengikuti pengajian pengajian intensif di buka semula. ( jemputan dari urusetia talaqqi 2012_10/01/2012_7:10:47pm )

Bagaimana lagi gambaran perasaan yang harus saya rakamkan, atas keizinan Allah hu subhanahuwataala, menjadi tetamu, di atas jutaan para tetamunya, bagi mengikuti pengajian ini. Bermakna sekali, kerana ianya di sampaikan oleh tuan guru mulia : Al-Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki


  “..Syeikh Muhammad Fuad al Maliki adalah seorang ulama’ yang begitu menitikberatkan pengajian ilmu secara bersanad dan bertalaqqi kerana ia adalah warisan ulama’ dan salafussoleh yang mulia. Oleh yang demikian, beliau telah mengembara ke merata tempat dan mengorbankan wang yang banyak demi memperolehi sesuatu ilmu serta menghubungkan rantaian sanad yang bersambungan dengan ulama’ seterusnya kepada Rasulullah.

Niat Menghadiri Majlis kebaikan -di petik dari buku :
"Perihal Niat**karangan Al Imam Abdullah Al Haddad"-

  • Niat menjaga waktu
  • Melaksanakan perintah Raslullah s.a.w
  • Merasakan dirinya dilihat oleh Allah pada segala perintahNya.
  • Mendekatkan diri kepada Allah swt
  • Niat membersihkan dalaman ( batin )
  • Memperbanyakkan golongan yang menghadiri majlis kebaikan,
  • Niat agar berada di dalam keadaan Husnul Khatimah ( kesudahan yang baik ) jika berlaku kematian.
  • Niat mengadakan ikatan dengan orang - orang yang baik.
  • Niat menumpaskan syaitan & hawa nafsu yang hina.
  • Niat menyerupai para malaikat
  • Niat supaya ditinggikan darjatnya disisi Allah.
Kitab ‘Aqidah Islam

Insya Allah, program pengajian intensif ini meletakkan sasaran untuk belajar dan khatam kitab ini, serta mendapatkan ijazah daripada Syaikh Muhammad Fuad.
(Insya Allah, para peserta akan dibekalkan dengan kitab ini, yang sudah termasuk dalam yuran program.)
Ringkasan Kitab ‘Aqidah Islam
• Kitab ini dikarang oleh al-Imam Syeikh al-Islam Sayyid Abdullah Ibn Alawi al-Haddad yang merupakan ketua ulama dan mujaddid pada abad ke-12.
• Kemudiannya kitab ini diringkaskan oleh Prof Dr Sayyid Muhammad Ibn Alawi al Maliki . Sayyid Muhammad memilih kitab ini untuk dijadikan silibus pengajian di Madrasah beliau kerana kitab ini mempunyai gaya penulisan yang mudah difahami dan pengisian yang lengkap dan penting untuk kegunaan masyarakat yang kini dibelenggu kebingungan berkenaan dengan ‘aqidah.
• Kemudiannya kitab ini diterjemahkan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, dengan penterjemahan yang lebih ringkas dan padat.
• Kitab ini membicarakan berkenaan dengan Tauhid dan sifat Allah. Dalam bab ini kita akan dapat mengetahui sifat Allah dan mengenali dengan lebih tepat berkenaan dengan konsep ketuhanan yang sebenarnya .
• Kemudian kita akan dapat mempelajari konsep kenabian dan kerasulan, malaikat, rukun iman dan islam sebagainya.
• Semua yang kita akan pelajari nanti merupakan satu perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh umat Islam yang lebih-lebih lagi seperti kita yang merupakan ahli awam.
• Kita juga akan memasukan isu yang semasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘aqidah Islam.
P/S : Alhamdulillah, semoga usai dari tarbiyyah madrasah ini, imanku semakin kuat, ibadahku semaikan kuat, langkah kakiku semakin laju menuju jalan - jalan kebaikan .Justeru menjadi ummah yang kuat hatinya. memimpin diri dan keluarga. mencontohi sedaya upaya amalan orang - orang soleh. amin.



No comments:

Post a Comment