Pages

Thursday, 1 March 2012

HARGAILAH KASIH SAYANG YANG ALLAH PINJAMKAN PADAMU


KASIH SAYANG

pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru...

ketika itu guru sedang mengajar tentang kasih sayang....

PELAJAR :."cikgu, macam mana kite nak pilih seseorang terbaik sebagai orang yang paling kite sayang??
macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

CIKGU: " ok kamu ikut ape yg saya suruh.. kamu pergi ke padang

kamu jalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.
pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.
dan petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangnnye...

cikgu bertanya kenapa tiada yg dipilih??

PELAJAR: " tadi masa saya berjalan, saya carila rumput yang paling cantik

memang ada bayak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,
maka saya pun terus berjalan kedepan sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi..
tapi sampai di penghujung padang,
saya xjumpa pun yang paling cantik.
mungkin ada diantara yg dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,
jadi tiada la rumput yg saya boleh petik."

CIKGU: "YA itulah jawapannye.

maknanye apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.
kite patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik-baiknya.
jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
semoga yang berlaku tidak berulang lagi.
dan ingatlah orang yang paling kita sayangi tulah yang paling cantik dan paling baik.
mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.....
******************************************************************************

TUKAR UCAPAN HARIAN KITA ^__^



Tukar Ucapan Harian Kita


Bagaimana ucapan salam yang sebenar-benarnya disyariatkan?

Jawapan:

“Bahawa sudah bertandang seorang lelaki kepada Rasulullah seraya mengucapkan Assalamualaikum. Nabi bersabda “Sepuluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain pula sambil mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullah”. Nabi bersabda “Dua puluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain lagi dan mengucapkan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”. Baginda Nabi bersabda “Tiga puluh”. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmiziy)

Wednesday, 29 February 2012

PESANAN IMAM AL - GHAZALI TENTANG KAWAN



·         Pesanan Imam Al-Ghazali

·         Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

·         Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

·         Riwayat Al-Tabrani
·         Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

·         Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

·         Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

·         “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.