Pages

Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts
Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

MADRASAH RASULULLAH SHAL ALLAH HI ALAIHI WASALLAM




Bismillahhirrahmannirrahim...

Pujian teragung buat yang memiliki setiap inci dari kita, maha melihat, maha mengizinkan jari jemari al faqir, pendosa ini, terus memujiNya. Ya Rob, betapa pemurahnya dan belasnya engkau Wahai Allah.

Selawat terdalam dan yang paling rindu, buat junjungan mulia , sang guru dunia wal akhirah, guru di atas segala guru yang membuka jalan kebaikan, guru seluruh para anbiya, guru seluruh makhluk, itulah junjungan yang termuliakan oleh Rabbul Alamin, Sayyidina Rasulillah ShallAllah hi aleihi wasallam.

Alhamdulillah, syukur tiada berhenti diri ini melafadzkan, doa alfaqir buat kalian, moga-moga kita selalu dalam pemeliharaan Allah, dan terlimpahnya rahmat dan keampunan dariNya.

Telah lama alfaqir, tidak merakamkan kata - kata di blog pinjaman Rabbul Jalil ini. Terhenti atas kemungkinan, banyaknya dosa yang di lakukan, banyaknya khilaf demi khilaf, sehingga tiada idea dan ruang masa untuk merakam kebaikan. Ya Rob , Maafkan kami yang banyak berbuat salah padaMu. Melanggar peraturanMu, malah adakala mencabar hukumMu. Ampuni kami Rob. Rahmati kami Rob dengan kemuliannMu yang Maha Tinggi.

Buat para pencinta Rasulullah, ahlan wasahlan alfaqir ucapkan, blog ini merupakan blog peribadi al faqir sendiri, sebelum ini lebih di kenali sebagai blog : cikgutaufiqh.blogspot.com, dan kini telah merakamkan nama yang begitu Agung, sebagai nama blog yang baharu : madrasahrasulullah.blogspot.com .

Ilham RobbulAlamin, nama blog ini, alfaqir rakamkan khusus, buat al marhun Al habib Munzir Al musawa, boleh di katakan InsyaAllah, setiap hari, lafaqir akan membaca blog peribadi tulisan karangan Al Habib Munzir : majelisrasulullah.org , Di atas dasar cinta, rindu pada sang habib, al faqir rakamkan, mahu bersama, agar nama url blog ini seakan nama blognya al habib munzir al musawa. lalau terbinalah url blog : madrasahrasulullah.blogspot.com. Mudahan dengan asbab nama, dan menumpang barakah sang habib, kemuliaan beliau, berjumpa sang kekasih di saat mimpi, bisa al faqir juga Allah karuniakan kesempatan bertemu Rasulullah di dunia, sebelum alfaqir pergi buat selamanya.

Jari jemari ini, jiwa ini, tubuh ini telah bergetar meraung di atas pemergian insan, idola yang amat alfaqir kagumi, akhlaknya, santunnya, karyanya, begitu dekat membenamkan jiwa di daerah kelembutan. Maha suci Engkau Allah, menjadikan Daie ini, begitu istimewa di hati ummah.

Insan yang alfaqir maksudkan adalah : Al Habib Munzir Fuad Al Musawa. Al faqir amat mengagumi beliau, wafatnya telah menyentap ribuan jiwa, semakin rindu ingin bertemu dengannya. Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.... begitulah insan yang telah menyinari bumi jakarta dengan dakwah keluhurannya, seluruh para jemaah majelisrasulullah merindukannya. Salam takziah alfaqir, fil khusus, buat keluarga nya. seluruh para pencintanya, dan seluruh jakarta indonesia al faqir dari Malaysia.

Entry ini, khas di tujukan pada insan yang amat alfaqir sayangi, dan cintai, al habib munzir. Moga - Moga Alfaqir & keluarga bisa di kumpulkan bersama al Habib dan kekasih teragung kelak. Allah humma amin, Amin, Amin. Ya Rob , kumpulkan kami bersama orang - orang yang kami Cinta. Amin.

Justeru kepada seluruh penziarah blog ini, alfaqir amat alu-alukan, komentar, hebahan dan sampaikan dan terus sampaikan. Kepada Zaujah tercinta dan Permata solehah abi, terima kasih, kerana menyuntik semangat dan selalu mendorong Abi untuk melakukan Maaruf, semoga kalian selalu Abi Redha, mudahlah jalan kalian mencapai keredhaan Allah.

Buat Guru, Daie, sahabat, talaqqi, sahabat Darul Muhibbin, Sahabat Darul Murtadza, serta insan yang al faqir kenal mahupun tidak, doa alfaqir pada kalian semua, semoaga Allah bisa menghimpunkan kita bersama di bawah naungan kemuliaanNya. Terima Kasih semua. Ya Rob himpunkan kami semua bersama kekasih kami Rasulullah ShallaAllah hi alihi wasallam. Amin.

*****

petikan kata al Habibana Munzir Al musawa :

Demi Allah, tidaklah diperdengarkan namamu pada orang-orang yang mencintaimu maka akan tersentak gembira dan hilanglah segala kesedihan, Dimanakah orang yang mengaku mencintai nabinya yang rela berkorban atas segala yang dimilikinya, dan meremehkan semua yang berharga miliknya demi kecintaannya, Maka bergetarlah ruh ruh mereka merindukan pertemuan dengan nabinya, Sebagaimana para sahabat merindukannya, Begitulah keadaan para kekasih Allah swt yang selalu dalam naungan kelembutan Nya, Yang dari Nya dan Milik Nya segala kelembutan, Wahai pemilik Muhammad Rasulullah saw, Wahai pemilik Ummat Muhammad saw, Wahai pemilik kelembutan Muhammad saw, Wahai pemilik seruan Muhammad saw, Jadikanlah Website Majelis Rasulullah saw ini sebagai sarana yang menghiasi hati kami, rumah kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, Dan jadikanlah kami orang-orang yang benar-benar menjawab seruan Muhammad Rasulullah saw.


** Semoga Allah menghimpunkan kita semua di dalam kebaikan dan lautan rahmat keampunan Allah, lalu bertemulah kita, pulanglah kita kepangkuannya dengan hati yang sejahtera, qolbun saliim, dengan banyaknya kita menzahirkan syukur sehingga tergelarlah kita sebagai hamba yang bersyukur : Abdan Syakuro. WaaAllah hu alam.









Friday, 29 June 2012

6 PERKARA YANG TERSEMBUNYI DI DALAM SUJUD SYUKUR




Allah S.W.T. selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang cantik. Dan Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri daan berkata :


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Tidak." Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


 Setelah selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."



Kemudian Jibrail a.s. berkata :


"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


 Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :


"Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggalmu."


 Kemudian Jibrail a.s. meminta izin kepada Allah S.W.T. untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah Jibrail a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, maka terbanglah Malaikat Jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu ia berkata dalam sujud :


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh."



 Dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad S.A.W. terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan." Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha melakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya dalam taat.

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di dalam maksiat.

3. Allah S.W.T telah menyembunyikan Nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5. Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari kiamat di dalam semua hari.

RUJUKAN : KEINDAHANISLAM


Wednesday, 13 June 2012

HATI LEBIH TENANG, JIKA BERJAYA TAHAN MARAH DAN PEMAAF




SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.


Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

 Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.

 Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan diberi. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan Rasulullah SAW memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya.


Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.


Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.


Renungkan dalam hati adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan wajar dilakukan seterusnya.

 Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani.



Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan. Bagi yang bersifat pemaaf, padanya tiada dalam hatinya tersimpan perasaan marah.


Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam.


Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya- Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain.

Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita.

Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana sifat Allah Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini

Wednesday, 16 May 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW DI SURAU SAUJANA IMPIAN, KAJANG




Assalamualaikum

Semua dijemput ke Majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1433H, yang bertemakan "Mahabbah Rasulullah Penyatu Ummah" bertempat di Surau Saujana Impian, Kajang.

Majlis akan berlangsung pada Hari Ahad, 20 Mei 2012 bermula 6.45pm.

Mari kita sebarkan info ini, semoga mendapat manfaat bersama.

Jumpa anda di sana! :)


pautan : http://www.darulmurtadza.com/

Tuesday, 15 May 2012

10 SEBAB , MENGAPA ANDA PERLU KAHWIN MUDA!



 ‘Kahwin muda’, satu topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1 – Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH

·         saat akad nikah ~ dapat PAHALA!

·         suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!

·         cium isteri ~ dapat PAHALA!

·         renung isteri ~ dapat PAHALA!

·         suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!

·         suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!

·         suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!

·         suami marah isteri (untuk menegur)Â ~ dapat PAHALA!

·         suami imamkan isteri  ~ dapat PAHALA!

·         suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!

·         suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!

·         main kenyit-kenyit mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

 Allahurabbi..SERONOKNYA..

2 – Mengelak Daripada Zina
 
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengan 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3 – Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

4 – Menimbulkan Ketenangan Jiwa

Jika bertanya kepada mereka yang sudah beristeri atau bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang karenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.

5 – Fikiran Lebih Matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

6 – Membaiki Diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah anda ada kelapangan masa.

7 – Plan Jangka Panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggunggjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.

8 – Seks Yang Lebih Berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9 – Rezeki Bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelan anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan berpegang kepada rahmat-Nya.

10 – Jangan Tunggu Lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayangi dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. andai itu berlaku, gigit jari sajalah.

* Â * Â *

Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,

yang bersama anda di kala panas atau hujan,

yang sudi melengkapi kekurangan anda,

yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,

yang akan melahirkan zuriat anda,

yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya..

Apa ditunggu lagi?
 jom niKAH ^__^

SAYANGKU PELIHARALAH LIDAHMU....


“Kebaikan itu ialah luhurnya budi pekerti, dan dosa itu ialah yang berkecamuk di dalam dirimu dan engkau benci dilihat orang ke atasnya.” (Riwayat Muslim)
Umat Islam kan bersaudara…

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah Al-Hujurat : 10)

Larangan mengumpat, mengejek dan yang sewaktu dengannya…

“Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Hujurat : 11-12)

Kita sedang membuka KEAIBAN sahabat kita, bagi kita tidak mengapa..sedangkan itu AMARAN ALLAH..

Kita sedang MEMFITNAH seorang hamba Allah, bagi kita tiada siapa yang mengetahui kebenarannya..sedangkan kita tidak peka bahawa kita dalam PEMERHATIAN ALLAH..

Kita sedang melepaskan TANGGUNGJAWAB kita terhadap orang lain, bagi kita tidak kisah, kita ada kuasa..tapi kita tidak sedar, jalan yang sedang kita tuju adalah jalan menuju AZAB ALLAH..

p/s : Pergunakanlah LISAN dengan sebaik-baiknya..jangan sampai ada HATI-HATI INSAN yang terluka oleh UCAPAN kita, jangan sampai ada hati yang menderita akibat PERKATAAN kita..

Dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam…” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

*Kerana lidah, badan binasa.. Kerana lidah juga, kita boleh terhumban ke Neraka..

selalu ingatkan diri kita sendiri :

“Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yunus : 65)

Duhai hati! Lapangkanlah dadamu dengan memaafkan mereka yang sering memperli, mengata, memfitnahmu dan menyakitimu. Kerana sesungguhnya, Allah telah memperlihatkan aib mereka padamu, maka sebab itulah kau mudah terasa hati. Sedang kau masih dikasihi manusia kerana Allah masih menutup aibmu. Sabarlah, apabila engkau meminta maaf, orang tidak mahu memaafkan engkau, bukan engkau yang kalah, maka ketahuilah meminta maaf itu adalah perkara mulia di sisi Robnya. Dek kerana Celik mata hatimu, engkau perlaku demikian. Dek kerana buta hati nya, sukar dia memaafkan, bukankah dia tidak tahu, bahawa Rob itu maha pemurah?
Sungguh!! maka perteguhkan akhlakmu. Tetaplah engkau membawa akhlak yang mulia. Setelah engkau memohon kemaafan, ketahuilah, engkau telah terlepas dari kebertanggungjawaban di hadapan Rob. Mohonlah pada Robnya, agar di beri kelunakan hati, memaafkan sebelum ajalnya.

    “…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah    mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (an-nur:22)
   “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh.”(al-A’raf:199)

** memberi & memaafkan itu, ada pada hati - hati yang di beri sakinah, serta keimanannya kuat, pandangan nya jauh, untuk bertemu Robnya tanpa ada cebisan kotoran di hatinya. Jelas kehidupan ini, tiada abadi, maafkanlah, hatimu akan tenang **

Monday, 14 May 2012

MUDAHKAN WALIMATUL URUS



Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.

Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.

Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.

Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.

Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.

Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.



Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.

Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.



Bertunang

Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.

Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"



Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."



Anda : "RM 5000, okay?"



Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"



Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.

"Mana aku nak dapat duit lebih?”



Kerja Lebih Kuat

Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.

Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.

Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :

 "Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM10,000.

Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

 Anda 'slow talk' dengan mak anda :

"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"

"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."

"Tapi mak..?"



"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"



Akhirnya..

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.

Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya?  Wal iyya dzubillah….

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.

PENDIDIKAN SAYYIDINA RASULULLAH SAW MENGATASI MARAH


Dalam arus kehidupan, manusia sering kali dihadapkan pada suatu masalah yang memaksanya untuk memilih, apakah menghadapinya dengan penuh ketenangan atau menyingkapinya dengan amarah dan penuh emosi.
Secara etimologis, kata ‘emosi’ adalah terjemahan dari bahasa Arab, al-ghadlab. Dalam Alquran, kata al-ghadlab, dengan perubahan bentuk kata, jumlahnya tak kurang dari 24 kali. Dari sekian banyak ayat tersebut, kata al-ghadlab lebih banyak dikaitkan kepada Allah sebagai Sang Khaliq. Hanya sedikit ayat yang mengaitkan al-ghadlab dengan manusia. Itu pun bukan terhadap manusia biasa, tetapi terhadap Nabi Musa AS. “Dan, tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya, dengan marah dan sedih hati, ia pun berkata, ‘Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku.’” (QS al-A’raf [7]: 150).

Dalam ayat itu, disebutkan pula bahwa Nabi Musa sempat menarik rambut saudaranya sendiri, Nabi Harun, kerana sering marah dan emosinya. Tentang sikap marahnya Nabi Musa, juga dibadikan dalam surah Taha [20]: 86 dan tentang redanya emosi tersebut juga diabadikan dalam surah al-A’raf [7]: 154.
Diceritakan dalam sebuah hadis bahwa seorang sahabat datang tergopoh-gopoh menghadap Nabi SAW untuk meminta nasihat. Nabi menjawab, “La taghdlab”, hindari sikap marah (emosi). Nabi SAW mengulangi nasihatnya sebanyak tiga kali.

Hadis ini cukup menjadi bukti bahwa manusia sering kali terjebak dalam keadaan emosi atau marah yang berpanjangan hingga tidak ada peluang bagi orang lain untuk meminta maaf. Karena itu, wajar bila Nabi SAW mengulangi nasihatnya sebanyak tiga kali.

Bagaimana menguasai marah atau mengurus emosi? Nabi SAW pernah memberikan petunjuk. “Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan shalat sunah dua rakaat.”

Betapa bijaknya nasihat Rasul SAW di atas. Sebab, ketika manusia sedang marah, ia mengalami dua hal. Pertama, ketegangan saraf, terutama saraf otak. Kedua, dirinya sedang bergelut dengan sebuah kekuatan hawa nafsu yang maha dahsyat. Dalam pandangan agama, hawa nafsu itu di gambarkan  dengan kekuatan syaitan.
Maka, ajaran Nabi SAW tentang perubahan gerakan fizik dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada berbaring bertujuan untuk melenturkan dan meredakan (relaksasi) ketegangan saraf otak dan saraf-saraf lainnya. Jika gerakan fizik juga tidak mampu meredakan emosi, Nabi SAW berpesan agar segera berwudu dan mendirikan shalat dua rakaat. Tujuannya, segera berlindung kepada kekuatan Allah untuk mengusir kekuatan syaitan yang terbungkus dalam bentuk sikap marah dan emosi. Wa Allahu A’lam.

Nota Tambahan *****


Marah?

Ada apa dengan marah?

Adakah ia merupakan satu perasaan?

Marah adalah perasaan yang paling dibenci oleh Allah swt. Perasaan marah ini juga dibenci oleh semua orang. Jikalau anda seorang yang pemarah, perbanyaklah berzikir mengingati Allah swt. Perbanyakkan muhasabah diri.

  "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam".

 Lihat diri sendiri dan bertanya: adakah anda seorang yang sempurna dari tidak melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan seharian? Kita semua adalah manusia yang begitu banyak dosa lagi tidak sempurna.

Oleh itu, Jikalau kita ingin memarahi seseorang, fikir dahulu sebelum melakukannya.Jika kemarahan itu berterusan, elakanlah ia dengan mengambil wuduk, membaca Al-quran, beristighfar, berzikir dan berdoa supaya hati kita sentiasa tenang.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:

"Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring".

Always remember..

Always be positive thinking and positive attitude insyAllah you will be the greatest of ummah.. InsyAllah :)

Tuesday, 8 May 2012

MAJLIS MAULIDUR RASUL - MASJID AMRU IBNI AL ASR- BANDAR BARU SENTUL KL



Kepada seluruh Pencinta majlis Maulid : Di jemput Hadir - mudah - mudahan Allah melimpahkan keberkahan atas setiap kita yang hadir -  berniat menghadirkan diri. Dari Asbab kehadiran serta kecintaan kita yang amt dalam terhadap Junjungan Termulia Sayyidina Muhammad ShaAllah Hi Alaihi wasallam - Allah terus melimpah berkah kan kehidupan kita sampai bertemuNya. Amin.

Rujukan : masjid ibni al Asr :