Pages

Showing posts with label ILMU WAL ULAMA. Show all posts
Showing posts with label ILMU WAL ULAMA. Show all posts

Wednesday, 11 July 2012

MAJLIS ULANGTAHUN PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-MUHIBBIN MELAKA KALI KE 2 & MAJLIS KHATAM AL QURAN


Rujukan : http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL - JOHOR BAHRU


RUJUKAN ; http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/

MAJLIS HOUL SAYYIDATINA KHADIJAH AL KUBRO



RUJUKAN : http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/

Assalamualaikum



Semua dijemput hadir ke Jemputan ke Majlis Memperingati Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al Kubro anjuran Yayasan Al Jenderami pada 13 hingga 15 Julai 2012.



Majlis akan berlagsung di Kompleks Yayasan Al Jenderami, Lot 22719, Kg Baru, Lorong Aman, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan.



Maklumat lanjut adalah seperti yang tertera di Poster di atas.




Jumpa Anda di sana!

JADUAL DAKWAH - AL HABIB KADZIM JAAFAR AS- SAGGOF



RUJUKAN : http://www.darulmurtadza.com/

Friday, 29 June 2012

6 PERKARA YANG TERSEMBUNYI DI DALAM SUJUD SYUKUR




Allah S.W.T. selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang cantik. Dan Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri daan berkata :


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Tidak." Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


 Setelah selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."



Kemudian Jibrail a.s. berkata :


"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


 Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :


"Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggalmu."


 Kemudian Jibrail a.s. meminta izin kepada Allah S.W.T. untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah Jibrail a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, maka terbanglah Malaikat Jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu ia berkata dalam sujud :


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh."



 Dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad S.A.W. terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan." Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha melakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya dalam taat.

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di dalam maksiat.

3. Allah S.W.T telah menyembunyikan Nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5. Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari kiamat di dalam semua hari.

RUJUKAN : KEINDAHANISLAM


Wednesday, 16 May 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW DI SURAU SAUJANA IMPIAN, KAJANG




Assalamualaikum

Semua dijemput ke Majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1433H, yang bertemakan "Mahabbah Rasulullah Penyatu Ummah" bertempat di Surau Saujana Impian, Kajang.

Majlis akan berlangsung pada Hari Ahad, 20 Mei 2012 bermula 6.45pm.

Mari kita sebarkan info ini, semoga mendapat manfaat bersama.

Jumpa anda di sana! :)


pautan : http://www.darulmurtadza.com/

Monday, 14 May 2012

MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW : MASJID JAME KAMPUNG BARU.KL


Rujukan : majlis ilmu

PENDIDIKAN SAYYIDINA RASULULLAH SAW MENGATASI MARAH


Dalam arus kehidupan, manusia sering kali dihadapkan pada suatu masalah yang memaksanya untuk memilih, apakah menghadapinya dengan penuh ketenangan atau menyingkapinya dengan amarah dan penuh emosi.
Secara etimologis, kata ‘emosi’ adalah terjemahan dari bahasa Arab, al-ghadlab. Dalam Alquran, kata al-ghadlab, dengan perubahan bentuk kata, jumlahnya tak kurang dari 24 kali. Dari sekian banyak ayat tersebut, kata al-ghadlab lebih banyak dikaitkan kepada Allah sebagai Sang Khaliq. Hanya sedikit ayat yang mengaitkan al-ghadlab dengan manusia. Itu pun bukan terhadap manusia biasa, tetapi terhadap Nabi Musa AS. “Dan, tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya, dengan marah dan sedih hati, ia pun berkata, ‘Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku.’” (QS al-A’raf [7]: 150).

Dalam ayat itu, disebutkan pula bahwa Nabi Musa sempat menarik rambut saudaranya sendiri, Nabi Harun, kerana sering marah dan emosinya. Tentang sikap marahnya Nabi Musa, juga dibadikan dalam surah Taha [20]: 86 dan tentang redanya emosi tersebut juga diabadikan dalam surah al-A’raf [7]: 154.
Diceritakan dalam sebuah hadis bahwa seorang sahabat datang tergopoh-gopoh menghadap Nabi SAW untuk meminta nasihat. Nabi menjawab, “La taghdlab”, hindari sikap marah (emosi). Nabi SAW mengulangi nasihatnya sebanyak tiga kali.

Hadis ini cukup menjadi bukti bahwa manusia sering kali terjebak dalam keadaan emosi atau marah yang berpanjangan hingga tidak ada peluang bagi orang lain untuk meminta maaf. Karena itu, wajar bila Nabi SAW mengulangi nasihatnya sebanyak tiga kali.

Bagaimana menguasai marah atau mengurus emosi? Nabi SAW pernah memberikan petunjuk. “Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan shalat sunah dua rakaat.”

Betapa bijaknya nasihat Rasul SAW di atas. Sebab, ketika manusia sedang marah, ia mengalami dua hal. Pertama, ketegangan saraf, terutama saraf otak. Kedua, dirinya sedang bergelut dengan sebuah kekuatan hawa nafsu yang maha dahsyat. Dalam pandangan agama, hawa nafsu itu di gambarkan  dengan kekuatan syaitan.
Maka, ajaran Nabi SAW tentang perubahan gerakan fizik dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada berbaring bertujuan untuk melenturkan dan meredakan (relaksasi) ketegangan saraf otak dan saraf-saraf lainnya. Jika gerakan fizik juga tidak mampu meredakan emosi, Nabi SAW berpesan agar segera berwudu dan mendirikan shalat dua rakaat. Tujuannya, segera berlindung kepada kekuatan Allah untuk mengusir kekuatan syaitan yang terbungkus dalam bentuk sikap marah dan emosi. Wa Allahu A’lam.

Nota Tambahan *****


Marah?

Ada apa dengan marah?

Adakah ia merupakan satu perasaan?

Marah adalah perasaan yang paling dibenci oleh Allah swt. Perasaan marah ini juga dibenci oleh semua orang. Jikalau anda seorang yang pemarah, perbanyaklah berzikir mengingati Allah swt. Perbanyakkan muhasabah diri.

  "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam".

 Lihat diri sendiri dan bertanya: adakah anda seorang yang sempurna dari tidak melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan seharian? Kita semua adalah manusia yang begitu banyak dosa lagi tidak sempurna.

Oleh itu, Jikalau kita ingin memarahi seseorang, fikir dahulu sebelum melakukannya.Jika kemarahan itu berterusan, elakanlah ia dengan mengambil wuduk, membaca Al-quran, beristighfar, berzikir dan berdoa supaya hati kita sentiasa tenang.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:

"Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring".

Always remember..

Always be positive thinking and positive attitude insyAllah you will be the greatest of ummah.. InsyAllah :)

Tuesday, 8 May 2012

MAJLIS MAULIDUR RASUL - MASJID AMRU IBNI AL ASR- BANDAR BARU SENTUL KL



Kepada seluruh Pencinta majlis Maulid : Di jemput Hadir - mudah - mudahan Allah melimpahkan keberkahan atas setiap kita yang hadir -  berniat menghadirkan diri. Dari Asbab kehadiran serta kecintaan kita yang amt dalam terhadap Junjungan Termulia Sayyidina Muhammad ShaAllah Hi Alaihi wasallam - Allah terus melimpah berkah kan kehidupan kita sampai bertemuNya. Amin.

Rujukan : masjid ibni al Asr :