SESIAPA
berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan,
keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu
menahan marah adalah golongan yang lemah.
Nabi
Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan)
dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai
dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi
Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya
mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang
tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf
bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada
sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah
diri.
Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan
jawapan diberi. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan
marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan Rasulullah SAW memberitahu
amalan lain yang lebih besar pahalanya.
Tetapi
Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik
dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat
wajib dan sunat. Kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan
perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.
Sifat
pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab
itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah
hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak
untuk menilai atau muhasabah diri.
Renungkan
dalam hati adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum
ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu berlaku? Jika
kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan
memberi petunjuk tindakan wajar dilakukan seterusnya.
Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang
menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.
Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri sendiri terutama dari segi
rohani.
Orang
yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran
terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan
kebaikan. Bagi yang bersifat pemaaf, padanya tiada dalam hatinya tersimpan
perasaan marah.
Sebab
itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang
menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca
sifat marah dan membalas dendam.
Biarpun
perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan
dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak.
Jika sifat memaafkan diamalkan, insya- Allah, kita juga tidak akan menanggung
kemarahan daripada orang lain.
Sebaiknya
sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita memaafkan
kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka hati
untuk memaafkan kesalahan kita.
Sesungguhnya
kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana sifat Allah
Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua orang
bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini
Casinos Near Me - JM Hub
ReplyDeleteA casino is a popular, live gaming and entertainment hub in Las Vegas. 김천 출장마사지 When it comes to casinos, you 광명 출장안마 may also like to see the 안양 출장샵 games 강원도 출장마사지 available. 목포 출장안마