Allah S.W.T. selesai menciptakan Jibrail a.s.
dengan bentuk yang cantik. Dan Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap
yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan
124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri daan berkata
:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan
makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud, "Tidak." Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua
rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya
20,000 tahun.
Setelah
selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang
mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah
dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka
demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."
Kemudian Jibrail a.s. berkata :
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud :
"Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa
sebagai tempat tinggalmu."
Kemudian
Jibrail a.s. meminta izin kepada Allah S.W.T. untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah Jibrail a.s.
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, maka terbanglah
Malaikat Jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah S.W.T. lalu ia berkata dalam sujud :
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh."
Dari
beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad S.A.W. terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan." Marilah sama2 kita
fikirkan dan berusaha melakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya
dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di
dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan Nama-Nya yang
Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar
di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang
paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh
terjadinya) Hari kiamat di dalam semua hari.