Pages

Thursday, 1 March 2012

5 PENAWAR HATI


5 Penawar Hati‘Abdullah Al-Inthaqi rahimullah berkata “Ada 5 hal yang termasuk penawar hati iaitu:-

1. bergaul dengan orang soleh

2. membaca al-Quran dan mentadabburinya

3. sedikit makan

4. qiamullail

5. bermunajat kepada Allah pada waktu sahur

Yang dimaksudkan dengan penawar hati adalah beberapa hal yang perlu dilakukan agar hati seseorang tidak menjadi keras.

Bergaul dengan orang soleh maksudnya banyak menghadiri majlis ta’lim mereka dan mendengar nasihat mereka. Termasuk di dalamnya adalah sikap diam dan ‘uzlah dari mereka yang membicarakan kebathilan.

Berkaitan dengan sedikit makan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada tiga hal yang dapat menyebabkan kerasnya hati, iaitu banyak makan, banyak tidur dan suka bersantai-santai”

(dipetik dari Kitab Nashaihul ‘Ibaad)

CINTAILAH KERANA ALLAH


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.

Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.

Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.

Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

HARGAILAH KASIH SAYANG YANG ALLAH PINJAMKAN PADAMU


KASIH SAYANG

pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru...

ketika itu guru sedang mengajar tentang kasih sayang....

PELAJAR :."cikgu, macam mana kite nak pilih seseorang terbaik sebagai orang yang paling kite sayang??
macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

CIKGU: " ok kamu ikut ape yg saya suruh.. kamu pergi ke padang

kamu jalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.
pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.
dan petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangnnye...

cikgu bertanya kenapa tiada yg dipilih??

PELAJAR: " tadi masa saya berjalan, saya carila rumput yang paling cantik

memang ada bayak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,
maka saya pun terus berjalan kedepan sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi..
tapi sampai di penghujung padang,
saya xjumpa pun yang paling cantik.
mungkin ada diantara yg dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,
jadi tiada la rumput yg saya boleh petik."

CIKGU: "YA itulah jawapannye.

maknanye apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.
kite patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik-baiknya.
jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
semoga yang berlaku tidak berulang lagi.
dan ingatlah orang yang paling kita sayangi tulah yang paling cantik dan paling baik.
mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.....
******************************************************************************